Daisypath Anniversary tickers

30 July 2010

ingin rasanya terbang ke sana...;(

salam..

Rindu rasanya pabila mengenangkan memori-memori semasa aku mengajar di Kuala Lipis dulu.Sekolah pertamaku.Dua tahun di sana..pelbagai pengalaman manis yang telah kukutip..

paling bermakna pabila melihat dua garisan pada alat penguji kehamilanku setelah genap sebulan setengah mendirikn rumahtangga..senyap2 aku ke farmasi untuk membeli alat tersebut..dan sesenyap itu jugala aku menyusup ke tandas sebaik tiba di rumah sewa untuk menguji..Alhamdulillah,.

Lebih bermakna pabila dua minggu selepas itu, teman serumahku wawa turut sama disahkan hamil..ingin melompat rasanya diriku ketika itu..kebetulan yang menggembirakan..tarikh duenya 14 oktober 2009 manakala aku 2 oktober 2009.

Wawa..
sahabat yang kukenali kerana sama2 berposting ke sekolah itu..
dia dari ukm..aku pula usm..
ttp yg menariknya dia juga berasal dari besut terengganu..sama seperti tempat kelahiranku..
berkahwin lebih kurang tempoh yang sama..dia hujung november 2008, aku awal disember 2008..dan sama2 juga dapat berpindah sekolah untuk hidup disamping anak dan suami menjelang disember 2009..Syukur..

banyak kenangan bersamanya..terlalu banyak..
sepanjang kehamilan kami bersama2 ke klinik untuk check up..
dialah yang paling setia sebagai peneman di sebelah di saat aku drive ke bangi selang dua minggu sekali untuk bertemu suami masing2..
dan banyak lagi..Sepanjang mengandung aku bersamanya..
sehinggakan anak yang dikandungnya juga kurasakan cukup dekat dihatiku..
apatah lagi dia juga diramalkan mendapat anak lelaki..juga sepertiku

Tanggal 14 September 2009 iaitu awal 2 minggu dari tarikh due, Muhammad Ummar Uwais mnjengah dunia..15 Oktober pula menyusul anak sahabatku Firas Hakimi...Sungguh teruja aku di saat itu..seolah2 itu anakku sendiri..

......................................................................................................................................................................

30 Julai 2010..
runtun hati ini mendapat perkhabaran dari bonda Firas hakimi melalui satu panggilan..
dia ada di hospital...dan baru sahaja usai menjalani pembedahan di kepala untuk mngeluarkan darah beku..
Astaghfirullahalazim!

sedih..sayu..
kenapa?bagaimana jadi begitu?bila?

pelbagai persoalan menerpa dibibirku..
menurut ibunya Firas, seminggu yang lalu Firas demam,muntah dan cirit birit sepanjang beberapa hari sebelum dimasukkan ke dalam wad..
Lalu setelah diperiksa, melaui ultrasound dikesan terdapat air di dalam kepalanya..setelah dikeluarkan melalui pembedahan didapati air tersebut seperti terdapat darah yang melarut di dalamnya..

setelah tamat pembedahan, ingatkan semuanya telah ok, sekali lagi Wawa diberitahu melalui Ultrasound yang kedua doktor mengesan ada darah beku di bawah otak anaknya namun belum diputuskan bagaimana..sama ada dijalankan pembedahan yang kedua atau sebaliknya..
Sungguh kesian anak kecil itu..
Aku membayangkan Firas seperti anakku..
anak kecil yang tidak tahu mengadu di mana sakitnya..yang dia tahu hanya merengek dan menangis kerana tidak selesa..

Ya Allah Tuhan yang Maha Mendengar..Maha Penyayang..Maha Mengasihani..
Sembuhkanlh anak kecil itu..ringankanlah penderitaan dan kesakitannya..
jauhkanlah ia dari perkara yang menudaratkan.Pnjangkanlah umurnya dan berikan yang terbaik kepadanya..
.hanya Engkau Yang Maha Mengetahui tentang semua ini..
kami redha dengan ujian Mu..kami percaya ada hikmah yang besar di sebaliknya..
permudahkanlah semua ini buat anakanda Firas Hakimi dan ibubapanya...
Kuatkanlah dan tabahkanlah hati mereka..

Amiin...amiin yarabbal alamin..

Firas b strong k..Good boy nie..


*picca2 ni di culik dari fb ibu firas

p/s; ingin rasanya kuterbang ke sana..tapi apakan dayaku..hanya doa yang dapat kuiringkan buat mereka..wakil jabatan kebajikan Masyarakat telah datang menemui mereka untuk mnyiasat samada puncanya berlaku dari rumah atau dari nursery,,Wallahualam..Anakku pon sering jatuh dengan kepala terkena lantai..semoga Allah melindungi ummar


3 comments:

tupperware lover said...

sedeynya.. walaupun bukan anak sendiri tapi bila kita dah rapat, tetap rasa naluri ibu tu. semoga firas selamat.. amin ya robbal alamin...
jemput ke blog saya :) tupperware murah2 betul.. rugi tak mai :)
http://tupperwarefactory.blogspot.com/

LIP (^_^) said...

salam...hows firas now?boleh update tentang dia tak?sayu i baca entry ni

UmmiUmmarMuaz said...

salam lip..
alhamdulillah.firas is getting better.dah discaj but second operation tu xbuat pon.n nursery dia claim firas xpnah jatuh masa dlm jagaan dia.so wallahualam kisah sebenar yg membawa kpd kejadian ni.pelok syiom utk emill ek..=)