Daisypath Anniversary tickers

02 October 2012

Hope for the best, pray for the rest!


Anak bujang saya yang dah 3 tahun sekarang ni dah xmahu pergi sekolah sejak berpindah ke Taska Smart Soleh. Setiap kali ayahnya nak hantar, setiap kali tu jugala macam2 drama yang dia buat. Mula - mula masa ayahnya cerita saya tak berapa boleh gambarkan. Fikir saya, ayahnya mengelat xmahu hantar anak. hihiii..

Sampaila ada satu malam kami saja keluar ambil angin pusing2 dengan kereta. bila ayahnya usik cakap nak hantar ke sekolah..terus dia dengan suara sayu sambil merayu suruh ayahnya pusing balik. Sekolah tutup katanya. sebak sangat saya dengar dia menangis masa tu. menangis merayu - rayu tak mahu ke sekolah. Dia tak menjerit2. Cuma menangis teresak2 perlahan.memang sedih saya dengar. Teresak2 sambil cakap "ummi, ummair xmahu pegi skool. ummair nak duduk dengan Ummi" lain daripada kebiasaan. macam bukan Muhammad Ummar Uwais yang ummi kenali. Sayu sangat. Terus saya turut menangis dan peluk Muhammad Ummar. Ayahnya gelakkan saya. huh!
kata Ayah begitulah keadaan setiap pagi. Bahkan lebih menyayat hati. Memang tak sampai hati.hehe. maafkan ummi sebab salah sangka dengan ayah. ;p  

Bila kami suami isteri kaji2, ada beberapa faktor yang menyebabkan Muhammad Ummar xmahu ke sekolah.

1 . Disiplin : Beliau lebih selesa berada di rumah dengan pembantu rumah dan Adik Muaz. Di rumah, bibik yang dipanggil Mbah akan melayan segala kehendak beliau. Boleh menonton kartun esp feveretnya Oggy & the coackroaches hampir sepanjang masa. Tiada waktu tidur yang tetap. Boleh buka dan tutup peti ais sesuka hati. Boleh main dan sepah sepahkan toys. Tapi di sekolah, kena ikut jadual. Waktu main ada hadnya. Waktu makan pun dah ditetapkan. Bila tiba waktu belajar dan beraktiviti perlu duduk dalam circle. Perlu patuh dan dengar arahan cikgu dan tante pengasuh. Pendek kata semuanya kena berdiplin. kalau saya jadi Muhammad Ummar pun mestilah saya pilih untuk tak mahu ke sekolah. Tiba - tiba teringat iklan milo. Hak kami untuk bermain! mungkin itu la apa yang ummar cuba sampaikan.. hehe

2. Perhatian : Muhammad Ummar Uwais adalah kanak2 yang terlalu inginkan perhatian dan terlalu posesif. Dengan Ummar, perlu guna banyak kata2  positif jika ingin menegur. Semua mainan akan diisytiharkan sebagai miliknya walaupun hakikatnya tidak begitu. Menurut cikgu, dia sering berebut mainan dan ingin mengambil mainan di tangan rakan rakannya. Serasa saya, beliau pastilah akan di tegur dan dimarahi guru bila keadaan tersebut berlaku. Walhal jika di rumah, he's a boss! Adik Muaz yang belum tahu berebut pasti akan mengalah dengannya. Kami ibu dan ayahnya dah pasti tahu mcm mana nak menangani beliau. Tambahan pula dengan anak sendiri, tahap kesabaran kami mungkin lebih tinggi. Dan bukan semua orang boleh bertindak begitu dengan Muhammad Ummar termasuklah tante pengasuh. Lagipun, xkanla kita nak expect cikgu dan tante pengasuh bagi lebih perhatian pada anak kita dan gunakan modul yang khusus mengikut karakter beliau. hihihi.. Kalau ada yang begitu mesti best kan. Contohnya seorang guru melayan 4 orang pelajar sahaja. Cara dan pendekatan yang berbeza digunakan untuk setiap pelajar bagi mencungkil potensi yang maksimum dari dalam diri setiap pelajar tu sambil mencantas destructive traits yang ada. Kalau la ada kan. mesti ummi dgn ayah pengsan tengok yurannya :)


Tapi saya percaya, it's a matter of time. Lambat laun semua pun akan belajar menyesuaikan diri. baik tante pengasuh, gurunya dan juga Muhammad Ummar Uwais sendiri. Ada jugak tiba2 terfikir untuk stop hantar Ummar ke skool dan biar dia di rumah buat beberapa bulan sebelum daftar ke skool 4 tahun Januari depan .Em.. masih dalam pertimbangan.


Masa ni saya yang hantar dia ke taska. Belum sampai  skool  boleh senyum2 lagi!

Rasanya kalau hantar dia dengan adiknya pergi skool yang sama, mesti dah xde drama air mata.  Cuma ayahnya kena tahan air mata tgk dompet sendiri  la pulak.hehe

Isk2..Optimus prime mana boleh nangis2 nak pegi skool.

Abang Long yang capture pic ni

Kalau bab sayang kat adik, ummi dah bleh bagi A+ dah

Mcm inila bila tiba musim hujan. Asthma menyerang. sob2.

yang ini pun abang long yang ambil gambar.  Pandai anak ummi

Harta dunia akhirat ummi ayah

Gambar ni la paling semenggah sekali yang abang long tangkap walaupun lupa nak rotate. tak terlindung  jari dia


Adik Muaz pun dah makin keluar ciri2 nak lelaki sejati. Mana mau duduk diam dah sekarang ni.

Ayah Ummi sayang dan kasih yang amat pada Ummar Muaz. Semoga jadi hamba yang soleh kedua-duanya. Dikurniakan kesihatan yang baik. Diiringi langkah mu dengan keberkatan dan keredhaan Illahi. Amin





p/s : ummi MC hari ni. semalam muntah2 dan cerry berry.. Getting better today. Alhamdulillah.

3 comments:

Imaan09 said...

aku xde anak jantan lagi..klu ada, begini jugak ler kekdahnya..

Fatima Saiful said...

aik ummi muntah2 n ceri beri?adekah???jeng jeng jeng??hehehe....hermmm, aku faham keadaan ko dimana ank berdrama bila nk ke sekolah. Sian Ummar~terbayang2 die cakap yg takmo pegi sek tuh.susah kan nk carik nurseri/taska betul2 mesra budak2?ekceli sian kat budak2 nih pon...dari 3bulan da kene duduk nurseri..uwaaa!!aku nk jadi surirumah!!!!!

UmmiUmmarMuaz said...

lea : Hehe..coming soon la tu..insyaallah :)

Take : hehehe..belum lagi untuk itu..tunggu Muaz besor sikit..;p
Kadang2 fikir nak wat kamikaze je brenti keje jaga anak sendiri. tapi loan2 tu sume sape nak bayar..huhu