02 October 2012

Hope for the best, pray for the rest!


Anak bujang saya yang dah 3 tahun sekarang ni dah xmahu pergi sekolah sejak berpindah ke Taska Smart Soleh. Setiap kali ayahnya nak hantar, setiap kali tu jugala macam2 drama yang dia buat. Mula - mula masa ayahnya cerita saya tak berapa boleh gambarkan. Fikir saya, ayahnya mengelat xmahu hantar anak. hihiii..

Sampaila ada satu malam kami saja keluar ambil angin pusing2 dengan kereta. bila ayahnya usik cakap nak hantar ke sekolah..terus dia dengan suara sayu sambil merayu suruh ayahnya pusing balik. Sekolah tutup katanya. sebak sangat saya dengar dia menangis masa tu. menangis merayu - rayu tak mahu ke sekolah. Dia tak menjerit2. Cuma menangis teresak2 perlahan.memang sedih saya dengar. Teresak2 sambil cakap "ummi, ummair xmahu pegi skool. ummair nak duduk dengan Ummi" lain daripada kebiasaan. macam bukan Muhammad Ummar Uwais yang ummi kenali. Sayu sangat. Terus saya turut menangis dan peluk Muhammad Ummar. Ayahnya gelakkan saya. huh!
kata Ayah begitulah keadaan setiap pagi. Bahkan lebih menyayat hati. Memang tak sampai hati.hehe. maafkan ummi sebab salah sangka dengan ayah. ;p  

Bila kami suami isteri kaji2, ada beberapa faktor yang menyebabkan Muhammad Ummar xmahu ke sekolah.

1 . Disiplin : Beliau lebih selesa berada di rumah dengan pembantu rumah dan Adik Muaz. Di rumah, bibik yang dipanggil Mbah akan melayan segala kehendak beliau. Boleh menonton kartun esp feveretnya Oggy & the coackroaches hampir sepanjang masa. Tiada waktu tidur yang tetap. Boleh buka dan tutup peti ais sesuka hati. Boleh main dan sepah sepahkan toys. Tapi di sekolah, kena ikut jadual. Waktu main ada hadnya. Waktu makan pun dah ditetapkan. Bila tiba waktu belajar dan beraktiviti perlu duduk dalam circle. Perlu patuh dan dengar arahan cikgu dan tante pengasuh. Pendek kata semuanya kena berdiplin. kalau saya jadi Muhammad Ummar pun mestilah saya pilih untuk tak mahu ke sekolah. Tiba - tiba teringat iklan milo. Hak kami untuk bermain! mungkin itu la apa yang ummar cuba sampaikan.. hehe

2. Perhatian : Muhammad Ummar Uwais adalah kanak2 yang terlalu inginkan perhatian dan terlalu posesif. Dengan Ummar, perlu guna banyak kata2  positif jika ingin menegur. Semua mainan akan diisytiharkan sebagai miliknya walaupun hakikatnya tidak begitu. Menurut cikgu, dia sering berebut mainan dan ingin mengambil mainan di tangan rakan rakannya. Serasa saya, beliau pastilah akan di tegur dan dimarahi guru bila keadaan tersebut berlaku. Walhal jika di rumah, he's a boss! Adik Muaz yang belum tahu berebut pasti akan mengalah dengannya. Kami ibu dan ayahnya dah pasti tahu mcm mana nak menangani beliau. Tambahan pula dengan anak sendiri, tahap kesabaran kami mungkin lebih tinggi. Dan bukan semua orang boleh bertindak begitu dengan Muhammad Ummar termasuklah tante pengasuh. Lagipun, xkanla kita nak expect cikgu dan tante pengasuh bagi lebih perhatian pada anak kita dan gunakan modul yang khusus mengikut karakter beliau. hihihi.. Kalau ada yang begitu mesti best kan. Contohnya seorang guru melayan 4 orang pelajar sahaja. Cara dan pendekatan yang berbeza digunakan untuk setiap pelajar bagi mencungkil potensi yang maksimum dari dalam diri setiap pelajar tu sambil mencantas destructive traits yang ada. Kalau la ada kan. mesti ummi dgn ayah pengsan tengok yurannya :)


Tapi saya percaya, it's a matter of time. Lambat laun semua pun akan belajar menyesuaikan diri. baik tante pengasuh, gurunya dan juga Muhammad Ummar Uwais sendiri. Ada jugak tiba2 terfikir untuk stop hantar Ummar ke skool dan biar dia di rumah buat beberapa bulan sebelum daftar ke skool 4 tahun Januari depan .Em.. masih dalam pertimbangan.


Masa ni saya yang hantar dia ke taska. Belum sampai  skool  boleh senyum2 lagi!

Rasanya kalau hantar dia dengan adiknya pergi skool yang sama, mesti dah xde drama air mata.  Cuma ayahnya kena tahan air mata tgk dompet sendiri  la pulak.hehe

Isk2..Optimus prime mana boleh nangis2 nak pegi skool.

Abang Long yang capture pic ni

Kalau bab sayang kat adik, ummi dah bleh bagi A+ dah

Mcm inila bila tiba musim hujan. Asthma menyerang. sob2.

yang ini pun abang long yang ambil gambar.  Pandai anak ummi

Harta dunia akhirat ummi ayah

Gambar ni la paling semenggah sekali yang abang long tangkap walaupun lupa nak rotate. tak terlindung  jari dia


Adik Muaz pun dah makin keluar ciri2 nak lelaki sejati. Mana mau duduk diam dah sekarang ni.

Ayah Ummi sayang dan kasih yang amat pada Ummar Muaz. Semoga jadi hamba yang soleh kedua-duanya. Dikurniakan kesihatan yang baik. Diiringi langkah mu dengan keberkatan dan keredhaan Illahi. Amin





p/s : ummi MC hari ni. semalam muntah2 dan cerry berry.. Getting better today. Alhamdulillah.

semoga dikurniakan kesihatan yg baik dan mendapat haji yg mabrur..sayang sangat mak dan ayah.

20 September 2012

Mendamaikan

Suka sgt renung muka anak2 dan suami masa dorg tidur..

Semoga sentiasa berada di bwh lindungan dan rahmat dari Allah sama ada ketika jaga atau tidur..

Wajah2 ini la yg sentiasa memenuhi ruang doa seorang ummi..

Terima kasih Tuhan atas nikmat kebahagiaan yg kau berikan..
Ampunila dosa dosa ku..













14 September 2012

Warkah daripada seorang adik

Selamat ulang tahun wahai abgku.
Walopon kdg2 abg buat kat sy,tp sy tahu sbnrnya abg sgt2 syg kt sy. Buktinya, kalo abg blik dr skool, msti abg dtg cari sy dulu. Bertubi2 ciuman abg bg kt pipi. Seronoknya sy.

Sy ingat lg masa sy bru lahir. abg selalu menerpa sy dan melabuhkan lima jari abg ke muka sy. Pang!! Bkn sekali, malah berkali2. Smpai ketakutan sy kalau ditinggalkn sendirian dan tiba2 derap kaki abg sy dgr. blum abg smpai sy dh menangis.  Ummi ckp sy trauma.

Tp itu dulu,sekarang tidak lagi. Sekarang sy la kesayangan abg. Dalam sehari berpuluh2 kali abg peluk dan cium sy. Kalau ummi ayah keluar pg giant bwk sy seorg sj, abg akan meraung raung cari sy di rumah. terharu sy dibuatnya wp kdg2 sy pelik jugak kenapa abg xpula meraung cari sy kalau ummi ayah tinggalkn sy di rumah dan bwk abg bersama. Hmm..

Apa apapun duhai abangku, selamat ulangtahun yg ke 3. Abg jaga diri baik2 ye. Jgn nakal2. Nanti sy ikut nakal jgk.kesian kt ummi kita.

Abang Muhammad Ummar Uwais

Saya sayang abang. Sayang sangat2.
Sebab hanya abgla satu2nya abang kesayangan saya. Takde abg lain dah.

Ikhlas daripada adikmu,

Muaz.


08 September 2012

Nasib bdn la org lain bergolek2 d rumah,aku kna keja pula d hari sabtu. Tp xdala nasib bdn sgt sbb dh cuti awal raya hari tu kn.so kenala ganti balik.hehe

Rindula kt bdk2 dua org tu.
Skrg ni mcm2 peel masing2. Yg abg tu hero la katakan. Balik raya umah mertua ritu, pecah penutup conningware mak. Dhla beli kt uk. Lepas sepuluh tahun plus hayat dia,ditakdirkn pecah. Mak senyum je. biasala, mak mertua aku. Org plg positif yg pnah aku jumpa.mak ckp bdk2 tgh nak besar, memang begitu. Tara nak ceghedik, kata org utara. tmbh pula, cucu sendiri dalangnya. Aku pulak.hmm, segan sungguh rasanya. Ummar mmg agak lasak. Tp satu ja yg pujuk hati ku. Mak kata en hubby pn begitu dulu. Attention seeker. Mcm xpecaya bila tgk dia skrg. Dgn baiknya, solehnya, penyayangnya..eh,lelebih plak isterinya ni. meluat org yg baca kang..KAHKAHKAH.  

Tp satu je yg aku perasan.dgn ummar kami kena jd penuh hikmah dlm menegur dia. Kalau kita xsbr n tinggikan suara, dia lg bg kita marah. Kena pandai pujuk n bgtahu kenapa xbleh buat satu2 benda tu. Kalau xbg dia satu perkara, kena gantikn dgn perkara yg lain. Cth, xboleh beli utraman sbb bru je beli smlm tp ayah beli koko krunch dulu. Besok2 kita dtg, kita beli ultraman. Dia dgr. Tp mmg dia akan tuntut besok2 tu. So mmg akan genuhi. Xpun dia skrg suka sgt tgk oggy n the coackroaches kt handphone. Tp kbetulan kita tgk duk msg org ka apa, ckp ummi nk guna dulu. 5 minit nanti ummi bg. Mmg dia dgr n tunggu.

Apapun aku sbgai ibu sentiasa berdoa moga ummar dikurniakan hati yg terang,akhlak yg baik dan jd hamba yg soleh..

P/s: kalau pg rumah org, hati ni xputus2 doa agar Allah pelihara maruah anak2ku. Risau snggh dia buat apa2 yg mengundang tidak senang pd hati si tuan rumah.





29 August 2012

Salam Aidilfitri

Bersiaran dari klinik ni. Bdn jd gatal2 n bibir membengkak. Suami kata dh mcm angelina jolie isteri dia ni.. Sejarah allergy ni mmg dh ada dari kecil. Plg diingati masa darjah 6,jadi kat keningau dulu. Bibir membengkak teruk. Adik aku duk kata mcm negro dah kaksyu dia ni. Kuangsamm betul mat atif tu. Dah lama xjadi. Tup2 pada usia 28 tahun jd balik. Mula kena tahun ni masa pg sarawak utk kenduri kawin adik ipar. Eh,bru perasan..knapa asik jd masa kt kepulauan borneo eh? Kebetulan plak. Hehe
Dipendekkan cite, ini kali keempat utk tahun ni bibir jd bengkak. Bdn jd gatal2 merah2 mcm kelopak garam tu dh xterkira dah.mcm slalu sgt jd. Seriously,hampir setiap hari. Sampai dh xlarat nk telan zyrtec n piriton..

Bgs jgk kena sakit2 gini. Bru ingat mati. Xdela idup nk menongkat langit je. Mcm xlama dh ni. Apa2 pun mati tu kan pasti. Cuma amalan n ibadah aku je very questionable skrg ni. Of kosla blum cukup. Tersangat2la kurangnya. Mungkin ini kafarah utk dosa dosaku. Semoga menjadi insan yg lbh baik di mata Allah.
Salam idulfitri semua. Maaf zahir batin !




18 July 2012

Muaz 7 bulan

Nak update prkmbgn si adik..

Muhammad Muaz Mukmin

Dah boleh menjulur dgn pantas start sabtu ritu.tidur atas katil lg tp kena kepung dgn bantal keliling.risau kejadian jatuh katil pd usia 52 hari berulang.nauzubillah.

Start solid food masa genap 6 bulan.gemar betul mkn bubur karot dgn kentang.yg xmenahan,setiap kali mkn kena cmpur dgn susu sbb xmau air putih.mewah sungguh kamu ya! Berpeluh ummi nk kena pam selalu..

Last timbang 7.6kg masa 5 bulan.lama dh xtimbg.Berapala agaknya skrg.hmm..

Muaz cuma sempat dpt vaksin smpai umur 3 bulan.pastu trus stop atas nasihat doktor.moga baik2 shj. Allah lebih mengetahui.

Masih menyusu susu ibu..alhamdulillah! Malam2 cuma sumbat shj.tidurku pn xterganggu sgt.haha
Cumanya bdk kecik ni suka nyusu belah kanan shj.huhu.xbalance sudaaa~

suka tarik rambut abg n ambil botol susu abg.abg ummar adalah idolanya.hanya abg yg mampu bg adik ketawa mengekek ngekek tanpa perlu berusaha gigih.hehe

Agak manja..yg ni biasala kot.nak kan perhatian lbh sbb slalu sgt kena tinggal.kesian kt muaz.

Anak yg sgt baik dan mudah dijaga.insyaallah sampai bila2 pun begitu

Jarang demam n sakit.Syukur!1st time demam panas masa kena kawasaki. Dmm yg lain cuma dedar2 shj bdnnya.

Ok,itu shj.smoga jd anak soleh dan ahli syurga! Amin