Muhammad Ummar in his school uniform ;) |
Actually lagi sehari dua dah nak jadi 17 bulan..nie update ttg anak bujang saya.Secara peribadi saya merasakan sejak Ummar g skool ni tgk ada byk perkembangan dia..Mungkin sbb di sekolah dia bergaul dgn budak2 besar..dia yg paling kecik kat situ..yang paling muda selepas dia umur 2 tahun..then yg lain2 suma 3 taun lebih..budak 5.6 tahun pon ada..dan selalunya dorg ni bergaul sekali..
means xda partition2 cth mcm,ni ruang utk bdk kecik, ni ruang utk bdk besar..xda..depa duk skali..blaja skali, makan skali n main skali..cuma tido je asing..ummar ngan bdk umur 2 tahun tu akan tido kat tingkat bwh..budak2 besar kena tido kat atas..Sebenarnya dorg xambik budak yg bawah 2 tahun, tapi dh saya yg sungguh2 nak jugak masukkan dia...
tapi Ummar xda formal punya lesson lagi..3 tahun ke atas baru ada modul n sebagainya..
Selepas duk situ ummar dah boleh panggil cikgu atau teacher..bunyinya agak jelas,bukan bunyi ujung saja..dia akan cakap "tea-chaar"..saya baru perasan this week sebenarnya..Kesnya bila dia panjat meja kopi, saya buat2 cakap " Cikguuuu..tgk ummar ni.."..pastu dia asyik cakap teacher2..mula2 saya xyakin lagi..sbb ingat mungkin dia juz randomly cakap apa2..saya tryla ulang..n..confirm..setiap kali saya sebut cikgu, dia akan balas dgn teacher...Tapi bila dirisik2 dgn cikgu dia semalam, rupanya dari minggu pertama lagi ummar dh stat panggil cikgu dan juga teacher..
Saya nak berkongsi satu cerita..ya..ttg khilaf saya sbg seorang ibu..
Lepas 1,2 minggu hantar ummar ke sekolah dia, ada sekali tu jumpa dgn cikgu dia yg juga pemilik Tadika Nuur mutiara tu..
Pastu cikgu ummar tanya saya "ummar ni mmg boleh cakap dah ka?"..
Saya pun cakapla yg dia belum pandai cakap..yg saya tahu dia boleh sebut nak dan mama..itu sahaja..
Pastu cikgu cakap dgr ummar 'bercakap' semasa berada di situ.siap dia akan panggil ayah pada suami cikgu itu tadi..Pelik..sbb di rumah, ayahnya sendiri pon dia belum pernah panggil..except masa dia menangis..adala dgr sebutir dua bunyi semacam..."mmiiii...ayahhhh..."..
Then, saya respon dgn penuh konpiden kepada cikgu ummar dgn berkata.."oh, tak..dia mmg blum bleh cakap lagi..adala bunyi2 dari mulut kecil dia tp exact word tu saya mmg xda dgr lagi"(harusla konpiden.ai kan mak dia..konon2 mcm.. i know my son better..hnsf..hnsf..)
Ok.tu kes pertama.
Kes kedua pula berlaku dlm seminggu dua selepas kes di atas..
Semasa perbualan dgn cikgu yg sama,dia memberitahu saya bahawa ada pelajar umur 4 tahun sudah boleh membaca dgn lancar..
Saya mendengar sajala..
Tiba2 cikgu tu menambah..."Ummar ni pon saya tgk 'cepat' dia belajar..jenis yang "cepat" ni puan.."
Ada riak yakin pada wajah beliau..
Terkaget sekejap saya..kemudian laju ja mulut saya menjawab..
"ye ke cikgu..saya ni agak risau dgn dia sebenarnya..err..kdg2 nampak mcm blur je" ( sebenarnya jarang2 saya mengeluarkan ayat persis begini..kerana tahu kata2 itu mungkin menjadi doa..jadi kerisauan itu hanya terpendam dalam hati sejak sekian lama)
..kemudian perbualan terhenti di situ..
Dalam kereta, saya berfikir panjang tentang perbualan tadi..
saya rasa saangat teruk..Serasa seperti bukan seorang ibu yang baik..
Bagaimana boleh org luar,yg baru mngenali anak saya xsampai sebulan boleh melihat potensi dalam dirinya dan berkatayang baik (positif )sedangkan saya sebagai ibunya, yang telah bersamanya bertahun ( plus masa dlm perut ) berkata yg sebaliknya?
Oh..saya sungguh insaf dan sedih setiap kali teringat kejadian ini..juga malu dgn diri sendiri..
Ternyata saya belum cukup mengenali anak sendiri..
Belum cukup mengenali anak sendiri bagi saya masih boleh dimaafkan..kerana mungkin disebabkan masa yang lebih banyak diluangkan ummar di sekolah berbanding di rumah..
Tetapi untuk bahagian tidak yakin dengan kebolehan dan potensi darah daging sendiri pula bagaimana?
Adakah masih boleh dimaafkan? oh..saya rasa telah melakukan kesalahan
Terbaru, semasa saya mendudukkan ummar di riba semasa mengaji,pertama kali dia mendengar sambil jari2 tunjuk pada ayat2 al-Quran dan berulangkali sebut '..ba..ta..ba..ta..ba..ta'
Subhanallah..rasa nak menangis..sungguh!
Betul la kata org..setiap anak adalah berbeza dan setiapnya ada pencapaian dan perkembangan tersendiri..Oleh itu, kita perlu menghargai setiap perkembangan dan pencapaian mereka..
................................................................................................................................................................
Tetapi, keseluruhan bahagian di atas buat saya sangat-sangat bersyukur..
saya bersyukur disedarkan
Saya harus sentiasa ingat bahawa saya adalah pemegang amanah daripada Nya..
'Ya Allah, berkati dan iringilah niatku dengan keberkatan dan rahmat dari Mu'
Sila layan video dari Ummar..
Cubaan mengira 1, 2, 3..A, B, C..Alif Ba Ta...
psstt..abaikan keadaan sekitar