02 January 2012

hari yang ke-20

dah hari yang ke-20..lagi 24 hari..
sungguh tak sabar..nak keluar  berjalan2..hehe
Che Mah yang jaga saya masa awal2 berpantang dah balik..
Rindu pulak dgn rejim penjagaan pantang dgn dia..
berurut 3 hari berturut2,6kali bertungku sehari sepanjang 10 hari dia di sini, hanya makan berlaukkan ikan bakar n sayur sawi@lobak putih..Pendek kata mmg bestla..kalau punya rezeki lagi, Insyaallah anak ketiga nanti nak panggil dia lagi..

Muhammad Muaz Mukmin pula semakin bulat..
Lahir dengan berat 3.7 kg,
hari ke 10 dah 4.1kg, sama mcm berat abgnya masa berusia sebulan.
dan hari ni, hari ke-20 budak bulat dah 4.7kg..
Alhamdulillah sehat..
dan dimurahkan rezeki dapat minum susu umi dari hari pertama dilahirkan..
Alhamdulillah..dapat juga ummi menyusukan anak ummi secara eksklusif..
tidak sukar rupanya bilamana izin Allah ada bersama..
juga berkat sokongan dari en.hubby dan keluarga tersayang..
even Che Mah juga menyokong penyusuan ibu..dan bekalkan saya dengan pil penambah susu badan..
Juga beroleh semangat dari kejayaan  rakan-rakan
semoga rezeki dan nikmat ini berpanjangan.
agar Muhammad Muaz Mukmin boleh menyusu sehingga  2 tahun..amin