Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Muhammad Ummar Uwais. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Ummar Uwais. Show all posts

02 October 2012

Hope for the best, pray for the rest!


Anak bujang saya yang dah 3 tahun sekarang ni dah xmahu pergi sekolah sejak berpindah ke Taska Smart Soleh. Setiap kali ayahnya nak hantar, setiap kali tu jugala macam2 drama yang dia buat. Mula - mula masa ayahnya cerita saya tak berapa boleh gambarkan. Fikir saya, ayahnya mengelat xmahu hantar anak. hihiii..

Sampaila ada satu malam kami saja keluar ambil angin pusing2 dengan kereta. bila ayahnya usik cakap nak hantar ke sekolah..terus dia dengan suara sayu sambil merayu suruh ayahnya pusing balik. Sekolah tutup katanya. sebak sangat saya dengar dia menangis masa tu. menangis merayu - rayu tak mahu ke sekolah. Dia tak menjerit2. Cuma menangis teresak2 perlahan.memang sedih saya dengar. Teresak2 sambil cakap "ummi, ummair xmahu pegi skool. ummair nak duduk dengan Ummi" lain daripada kebiasaan. macam bukan Muhammad Ummar Uwais yang ummi kenali. Sayu sangat. Terus saya turut menangis dan peluk Muhammad Ummar. Ayahnya gelakkan saya. huh!
kata Ayah begitulah keadaan setiap pagi. Bahkan lebih menyayat hati. Memang tak sampai hati.hehe. maafkan ummi sebab salah sangka dengan ayah. ;p  

Bila kami suami isteri kaji2, ada beberapa faktor yang menyebabkan Muhammad Ummar xmahu ke sekolah.

1 . Disiplin : Beliau lebih selesa berada di rumah dengan pembantu rumah dan Adik Muaz. Di rumah, bibik yang dipanggil Mbah akan melayan segala kehendak beliau. Boleh menonton kartun esp feveretnya Oggy & the coackroaches hampir sepanjang masa. Tiada waktu tidur yang tetap. Boleh buka dan tutup peti ais sesuka hati. Boleh main dan sepah sepahkan toys. Tapi di sekolah, kena ikut jadual. Waktu main ada hadnya. Waktu makan pun dah ditetapkan. Bila tiba waktu belajar dan beraktiviti perlu duduk dalam circle. Perlu patuh dan dengar arahan cikgu dan tante pengasuh. Pendek kata semuanya kena berdiplin. kalau saya jadi Muhammad Ummar pun mestilah saya pilih untuk tak mahu ke sekolah. Tiba - tiba teringat iklan milo. Hak kami untuk bermain! mungkin itu la apa yang ummar cuba sampaikan.. hehe

2. Perhatian : Muhammad Ummar Uwais adalah kanak2 yang terlalu inginkan perhatian dan terlalu posesif. Dengan Ummar, perlu guna banyak kata2  positif jika ingin menegur. Semua mainan akan diisytiharkan sebagai miliknya walaupun hakikatnya tidak begitu. Menurut cikgu, dia sering berebut mainan dan ingin mengambil mainan di tangan rakan rakannya. Serasa saya, beliau pastilah akan di tegur dan dimarahi guru bila keadaan tersebut berlaku. Walhal jika di rumah, he's a boss! Adik Muaz yang belum tahu berebut pasti akan mengalah dengannya. Kami ibu dan ayahnya dah pasti tahu mcm mana nak menangani beliau. Tambahan pula dengan anak sendiri, tahap kesabaran kami mungkin lebih tinggi. Dan bukan semua orang boleh bertindak begitu dengan Muhammad Ummar termasuklah tante pengasuh. Lagipun, xkanla kita nak expect cikgu dan tante pengasuh bagi lebih perhatian pada anak kita dan gunakan modul yang khusus mengikut karakter beliau. hihihi.. Kalau ada yang begitu mesti best kan. Contohnya seorang guru melayan 4 orang pelajar sahaja. Cara dan pendekatan yang berbeza digunakan untuk setiap pelajar bagi mencungkil potensi yang maksimum dari dalam diri setiap pelajar tu sambil mencantas destructive traits yang ada. Kalau la ada kan. mesti ummi dgn ayah pengsan tengok yurannya :)


Tapi saya percaya, it's a matter of time. Lambat laun semua pun akan belajar menyesuaikan diri. baik tante pengasuh, gurunya dan juga Muhammad Ummar Uwais sendiri. Ada jugak tiba2 terfikir untuk stop hantar Ummar ke skool dan biar dia di rumah buat beberapa bulan sebelum daftar ke skool 4 tahun Januari depan .Em.. masih dalam pertimbangan.


Masa ni saya yang hantar dia ke taska. Belum sampai  skool  boleh senyum2 lagi!

Rasanya kalau hantar dia dengan adiknya pergi skool yang sama, mesti dah xde drama air mata.  Cuma ayahnya kena tahan air mata tgk dompet sendiri  la pulak.hehe

Isk2..Optimus prime mana boleh nangis2 nak pegi skool.

Abang Long yang capture pic ni

Kalau bab sayang kat adik, ummi dah bleh bagi A+ dah

Mcm inila bila tiba musim hujan. Asthma menyerang. sob2.

yang ini pun abang long yang ambil gambar.  Pandai anak ummi

Harta dunia akhirat ummi ayah

Gambar ni la paling semenggah sekali yang abang long tangkap walaupun lupa nak rotate. tak terlindung  jari dia


Adik Muaz pun dah makin keluar ciri2 nak lelaki sejati. Mana mau duduk diam dah sekarang ni.

Ayah Ummi sayang dan kasih yang amat pada Ummar Muaz. Semoga jadi hamba yang soleh kedua-duanya. Dikurniakan kesihatan yang baik. Diiringi langkah mu dengan keberkatan dan keredhaan Illahi. Amin





p/s : ummi MC hari ni. semalam muntah2 dan cerry berry.. Getting better today. Alhamdulillah.

30 April 2012

Selsema



Dengan mbah depa

Setiap kali musim hujan, mmg Muhammad Ummar akan selsema. Kalau dulu, dia seorang ja la yg selsema. Tp sekarang kejap je dh jangkit kat Muhammad Muaz. Asyik ciom adik je dgn hingus meleleh2, lagila cpt virus selsema disebarkan..

Kesian si kecik ni. Bukan takat selsema, dapat demam sekali. Tapi comel plak bila tgk dia demam. sbb jadi manja semacam. merengek2 manja. Geram rasa nak gigit ja. 

Pic pagi semalam. Kena peluk baru tido. Rasa lemah badan kot. Suhu  37.8. Mujur ada ayah.
Kemudian, pagi2 8.30 tu terus pegi hospital. Nak bawak adik Mukmin dan ambil ubat utk abg Uwais jugak.
Behave sangat masa buat benda alah ni. Good boy Abang Uwais!


Sekali doktor cakap adik demam sikit je. Tapi abg agak serius. Bunyi mcm adaa banyak kahak. Mmg ada history asma pun. Tapi aktif macam biasa jugak alhamdulillah. Makan je xberapa lalu. Buatkan bubur ayam barula nak makan banyak sikit. Yang paling tak menahan, malam semalam masa aku duk nak bersiap nak pump susu, ada budak dtg menyibuk nak pump jugak.
bergegar gambar. ummi tgh gelakkan abang uwais 

isk2..



semoga cepat sembuh ye anakanda berdua. dah sihat, boleh kita ajak ayah pi ayan jalan



11 April 2012

Bye

Menggelitik rasa nak update blog panjang2..will do nanti, insyaallah..

apa2pun, seronok 1st time dapat 10 0z sekali pam masa drive balik keje ptg semalam.

im a happy mother to an exclusive bf baby and an active, clever toddler.




Alhamdulillah

ok bye ;)

08 December 2011

Abang Uwais

Happy 3rd anniversary to us..;)
3 years full with LOVE, PATIENCE, TOLERANCE, COMMITMENT..
Thanx abang for always be there for me..to guide, to love, to care, to listen, to share..
And being a  a good father to our son,a good friend and my best soulmate!!
Semoga hubungan ini sentiasa dirahmati Allah..amiin..... 

Besok genaplah 40 minggu kandunganku..dan besok jugak ada temujanji dgn doktor..
berdebar jugak..last week doc scan, dia estimate berat baby 3.5kg..
huhu..berat umminya plak dah 76kg..
berkongsi cerita masa naik lif balik ke rumah..ada budak lelaki sebaya ummar naik dgn ayah dan abangnya (umur dalam 7,8 tahun )..budak tu tunjuk kat aku dan cakap.."ayah, gemuknya"..
tapi ayah dia buat dek dan mcm buat2 xdgr..budak tu ulang lagi sampai dia keluar lif..
hehe..aku senyum jer la..budak2 mmg jujur dan laser..=p
aku xdala rasa apa sangat pun..budak2 kan..
tapi kalau ummar yang cakap mcm tu kat org, mmg nak kena la ngan ummi..=p

pregnant, normal la berat badan naik..harap itu juga indicator yang adik baby membesar dgn sihat di dalam..
tapi persoalannya..
mampukah berat bdn kembali ke asal?heh..
hanya masa dan usaha bakal memberikan jawapan..;)

oh yer, untuk kali ni, aku dah tempah sorg confinement lady untuk jaga masa berpantang..
dia akan tinggal sekali dengan kami sepanjang 2 minggu lepas aku bersalin untuk mengurut, bertungku, masak makanan pantang n mandikan bayi..

aku dan suami buat keputusan ini memandangkan kami memilih untuyk berpantang di rumah sendiri..
mak aku mmg offer diri untuk jaga dan masa ummar dulu pun, mak yang jaga bagai menatang minyak yang penuh ( bahasa xnak kalah=p)..
cuma kali ni sebolehnya kami xmahu menyusahkan kedua org tua kami dek faktor usia dan faktor mak aku skrg pun mmg mengasuh 3 orang anak abang aku yang tinggal sekali. kesian kat dia..xmaula menambahkan beban dia lagi..dengan tugas menghantar dan menjemput adik bongsu aku ke tuisyen lagi..ayah aku pulak masih bekerja..
lagipun ummar sekarang makin lasak tambah2 bila balik kampung jumpa sepupu sepapat..
suka sangat dia tarik rambut, tolak sampai jatuh sepupu lelaki dia yang muda 6 bulan tu..
dan of kos la benda tu pun berlaku sbb sepupu dia kadang2 provok dia dulu..biasala budak2..
berebut mainan n etc..

tapi being a mother, aku feel very bad each time sepupu dia menangis disebabkan karenah anak aku..
ummar mcm biasala, bila dilarang dia mendengar n paham..n dtg mengadu kat aku konon nak ckp bukan dia yg mulakan..cuma most of the time dia nak kontrol semua benda n nak budak2 lain ikut rules dia..
contohnya kalu toys dia, dia je yg boleh main..xpun kalau dia nak share, dia yang akan decide sendiri bila dia nak bagi kat org untuk main together, xboleh org lain yang tentukan atau pandai2 ambil..isk anak ummi..

tapi tu la..perlahan2 kitorg tgh nak educate dia yang sharing is good caring, mengalahla bila perlu dan xbaik pukul2 org walaupun orang tu bersalah..bunyi mcm payah, tapi kalau xstart sekarang, bila lagi rite?
Apapapun, kami sentiasa doa yg terbaik untuk putera sulung kami agar menjadi khalifah dan nakhoda yang baik..insyaallah..

Abang Muhammad Ummar Uwais
Kejadian semalam..teman ummi tunggu airasia promo


Belanja pakteh kat swensen



mengasuh ummar dengan sabar dan kasih

05 December 2011

Penangan penanggal


Semalam sempat tgk citer hantu penanggal kat astro prima. Mula2 xberani jugak sbb sebelum2 ni seboleh bolehnya elakkan diri tgk citer2 hantu..tapi dah anak bujang sorang ni request nak tgk, terpaksala..Ummar duk cakap "nak hantu, nak hantu"..
Ayahnya pun pasangkanla.mmg dia xmiss sikit pun..khusyuk je tgk..ummi pun stuck sama..best jugak citer nie.teringat masa kat sabah dulu, kwn2 cite pasal hantu penanggal kat kampung dorang..tapi dorang panggil 'balan balan'..kalu xsilapla..

pukul 1 pagi baru kitorang anak beranak masuk tido..yang si ummar uwais ni marah bila lampu tutup.. dia duk cakap..hantu..hantu..aduhaiii Ummar..tadi berani sgt tgk..
tapi ayahnya tutup jugakla. sambil pujuk anak cakap mana ada hantu..dan ajak ummar tido atas katil dgn kami..dia pun refuse xmau tido dalam cot adik dia smlm..
peluk dia kejap2, xlama ummar pun tertido. tapiii...
ummi plak yg pk bkn2 n pyh nak tido.hehe..


sekarang ni tgh tunggu Pakteh ummar datang dari sp.dia sekarang ni ambik kontrak jaga ummar dan ummi.
sbb terpaksa duk rumah sendiri sejak khamis lepas sbb kelas ada mcm biasa setiap jumaat..
walaupun terkedek2 jalan, kena attend kelas jugak.hari jumaat ni ada kelas lagi..
tapi 9hb ni dah due date bersalin..so tgkla mcm mana..
oh ya, assignment ada 3 lagi xsiap..adoiii..
mood mmg ke laut dah skrg ni..
motivasi pon mmg zero.
ummar skrg weekdays mmg anta pg skool..
seorang diri la saya di rumah terkebil2 sambil tunggu kot2 ada contraction( boleh gitu?),
 bleh trus nak kol en hubby..
tp weekend balik gak la umah ma.
mcm smlm, lepas mkn kenduri anak ex- pengasuh ummar,
zass trus niat nak balik sp.
kesnya abah saya tepon ajak mkn dinner kat rumah sbb ma nak masak jenahak sweet sour!
mmg sedappp sgt22..thanx ma n abah..

b4 balik sp singgah kat jusco dulu. larat lagi tuh!
jalan2 cari pampers ummar..
dan sambar bedsheet untuk katil baru kami..kebetulan kebetulan sokmo  Akemi ada sale..
sukaaa sgt...
balik rumah xmenyempat pasang..
sanggup pasang sendiri walaupun xlarat n sakit kaki..
sbb bila minta tlg en hubby..
dia ckp besok dia akan pasangkan..
xsabar dah weyyy..

apa pun, rasa sgt gembira this weekend..
mungkinkah ini weekend terakhir saya sebelum bersalin?
who knows kan..
apapun kalu Allah takdirkan baby kuar 12.12 pon cantik jugak..
boleh trus sambung cuti bersalin sampai cuti sekolah bulan 3..hehe




okey..itu sahaja..daaaaaaaaaaa



p/s : "Baby ummi sayang, ummi dah xsabar nak jumpa baby ni..sampai termimpi2 dah bersalinkan awak n berat 3.6kg masa dlm mimpi tuh..see u soon, yer nakk ;) "

17 October 2011

32 weeks

Memandangkan hari ni sekolah aku cuti, blehla update blog lagi..
kalau nak mengharapkan hari kerja mmg xmampu nak membelek2 blog.
Oh ya, nasi ayam semalam tu alhamdulillah jadi..senang je rupanya..Rajin atau xrajin ja isu dia..hehe
Tepat pukul 10 pagi kami bertiga mengadap breakfast yg sebenarnya dah merangkap lunch...
mmg kena masak awal coz pukul 12 kena pi ofis developer rumah kat sg petani.
komen dari en hubby : ok.sedap.not bad la for a first timer cuma xberapa nak ada kick..

okla tu kan, byk nak kena improve lagi. apapun syukur dpt sediakan juadah untuk keluarga..yang lebih penting dapat spend dgn family masa makan tuuu..kami hampar tikar n mkn kt bwh..gelak2..sembang2..ummar pun makan banyak. Makan sendiri lak tu dlm mangkuk dia.
sekarang ni kalau nak bagi ummar makan, kena bagi sudu sekali.sbb rasanya ummar ni kidal.
semua benda dia cenderung pegang guna tangan kiri.even makan dgn tgn pun guna tgn kiri gak.
Nasib baikla bukan hisap jari kiri..ibu jari kanan jugak yg lagi se manis kurma, kan ummar kan.;)





..........................................................................................................................



 berbalik kepada topik asal, sekarang kandungan dah 32++. Jumaat ni  masuk 33 weeks...
Makan semakin berselera..xboleh nampak nasik..mmg akan bertambah2..
so no wonderla sekarang ni seminggu naik sekilo..
Masa awal2 pregnant, 65 kg.
14 minggu , 63 kg
28 minggu , 67 kg
32 minggu 71 kg
28 w
40 minggu? adakah 79 kg?

wah, ngeri jugak tgk pertambahan berat badan aku masa mengandung ni..hehe
Apa2pun aku tawakal dan mengharapkan yang terbaik je nanti..Allah knows BEST kan.


........................................................................................................

Persediaan untuk adik Ummar baru 50% kot yg dah buat.

Baju : xbeli banyak sgt.tambah 6 pasang saja.
yg lain pakai mana ada. baju abangnya pun ada, dari sepupu2nya pun ada..cuma belum basuh je lagi..

baby cot : kali ni kami beli baru. sebab ummar dulu xada babycot/playpen. Katil queen kami xberupaya menampung lebih dari 2 org (read : ummi dan ayah ). Niat nak beli 4-in-1 convertible cot, tapi harganya xberbaloi, so beli cot yang biasa dan 1 king size bed. Total harga = sama dgn 1 convertible cot. Puas hati!

Yang belum beli : kain lampin, minyak telon, towel n banyak lagila

Stroller : bak kata sorang teman sekolahku, bonus yang kerajaan umum nak bagi ni membuatkan org beli barang yang bukan keperluan. SOOO TRUE! hehe..aku bila ja dgr dapat bonus tu, terus berkira2 nak beli stroller baru.stroller lama guna sweet cherry. tapi tayar dia mcm rosak dah..so dah xguna.skrg ni juz guna buggy stroller jenama candy yg harga rm90.tp kesian tgk ummar xselesa dlm tu.

See..ummar nampak xselesa kan? =p
tp masalahnya en hubby mcm xsetuju aku nak beli stroller baru. erm..so skrg ni tunggu restu dari dia ja lagi..nak kena susun strategi memujuk ni..kalu xberjaya, i beli babywearing je la..hukhuk
Add caption


ni lah antara stroller yang duk verangan..huhu
halford zuzz 4

Mclaren Techno XT
Techno xlr

Quinny zapp xtra

Arghhh...xmo pk dah...DONIA..DONIA semua ni syu!!!
**Abang, please..**

16 October 2011

Birthday...Birthday..Birthday..

Last update blog ni 2 bulan lepas..sungguh malas rasanya..sampaikan en hubby duk tanya2..
bleh plak aku jawab xlaratla bang nak update..hihihi..

so harini ada masa sket n n lehla amik kesempatan sementara kesayangan hamba yg berdua tu tgh tido.
semalam besday en hubby..niat nak belanja mkn kat luar kena postponed dulu coz bulan ni tersangatla banyak pakai duit beli itu ini untuk persediaan adik ummar.so aku janji dgn en hubby yg aku nak wat nasi ayam spesel sempena besday dia..hehe..mintak2la jadi..first attempt nih..



update sket tentang adik ummar yg dah xlama dah sebenarnya ..now dah 32 weeks.In fact, ummar uwais dulu 37 w dah keluar..so this time around bersediala..mana tahu adik nak ikut jejak langkah si abang..tapi nak kuar bila2 pun ummi xkesah sayang..apa-apa pun semoga adik yang sangat2 aktif dlm perut ni sihat sejahtera dan menjadi anak soleh..amin..


Tentang abangnya pula Muhammad Ummar Uwais yang dah masuk 2 tahun 14 september lepas..Alhamdulillah sihat dan semakin bijak ( read as : banyak karenah =p )..
Sekarang ummar mmg boleh dikatakan 80% diuruskan oleh en hubby..mandi pon dengan ayah, tido pon dgn ayah, basuh poo poo pon dgn ayah, pegi skool pon dgn ayah, nak minum susu pon cakap kat ayah....pendek kata hampir semua  la perkara dia buat dgn ayahnya..Lega jugakla rasa masa mula2 en hubby take over anak bujang kami tu..but most of the time, aku rasa jelesh la pulak..apa taknya..perkataan yg asyik keluar kat bibir dia adalah ayah, ayah dan ayah..Paling xboleh lupa masa en hubby pegi kursus hari tu..sehari je pun..so berdua jela kami..Petang balik sekolah tu ok lagi..tapi bila malam je, dia mula xkeruan.duk menangis2 tunjuk2 kat pintu panggil ayah.sbb dia tahu biasanya waktu malam camtu, ayah dia akan sampai rumah.

Yang kelakarnya siap ambil album kahwin kami sbb nak tgk gambar ayahnya.bila tgk jam pukul 9, aku pun ajakla dia masuk tido.dia refuse n still panggil2 ayah..after a while barula mau naik atas katil..aku pon bukak laptop tunjuk gambar2 masa dia baby..yang sedihnya, bila sampai kat gambar en hubby, dia menangis..bila move kat gambar lain, reda la tangisan..pastu bila tgk gambar ayah dia, nangis lagi..bukan meraung mcm mengamuk tu, tapi menangis teresak2 dgn nada yang sedih mcm menahan rindu tu..apalagi, ummi pon 'ter' joint sekaki la..dan gelabah tu xyah cakapla..kalut nak video kol ayah utk pujuk..tp time tu en hubby ada ceramah sampai ke malam..dia juz msg je..setengah jam agaknya dia menangis perlahan dgn sisa esak yg masih ada..dan akhirnya dia tertidur...sedihnya..cerita kat mak aku..n dia citer aku dulu camtula jugak kalu kena tinggal..walopon mak aku tinggal kejap dalam beberapa jam je..sejibikla mcm ummi awak ni ummar!hehe

Eh, terpanjang lak entry..maklumla..2 bulan sekali hapdet..ekeke

Ni gambar2 masa besday ummar dulu..xbuat apa pon..cuma tempah chocolate n bagi goodies bag kat kawan2 dia kat taska n kawan2 aku kat sekolah..2 minggu lepas tu baru beli kek sambut kecil kecilan kat umah mertua..ayah bagi hadiah beskal..ummi plak juz topup sket duit raya utk simpan dlm tabung haji.













Apa-apa pun, semoga anakanda sulung kami Muhammad Ummar Uwais membesar dengan sihat, diberikan akal yang sempurna, diiringi setiap langkahnya dengan keberkatan dan kebaikan, dijauhi mudarat dan dugaan berat yang tidak mampu ditanggung, menjadi anak, abang, cucu, yang soleh  dan yang paling penting, semoga jiwa dan rohnya sentiasa beriman kepada Allah s.w.t..Amiinnn...


17 August 2011

seronok xpakai pampers

Bestnya tido semalam..tapi memandangkan masuk tido lewat ( 1.45pagi ) + penat sgt, maka terlepaslah sahur kami berdua pagi td..huhu..terjaga pon sbb dgr azan subuh..Ini kali kedua miss sahur..kali pertama miss sahur pada minggu pertama puasa.kesnya sbb penat 'ktung ktang' di dapur utk sediakan sahur pukul 1 pagi..then tidur n kunci jam pukul 5..xbangun pon..last2 xdan makan sahur..di carry forward..jadikla lauk berbuka,,hehe..tapi walaupon tertinggal sahur tapi alhamdulillah mampu puasa smpai azan magrib..semoga diberi kekuatan untuk menghabiskan puasa pada hari ini juga..amin..

Bangun pagi tadi berlaku satu adegan yang lucu..bagi aku la..dan harus direkodkan..
Ummar terjaga awal pastu merengek mintak susu..dengan mata xmau bukaknya..
maka si ayah pon pegila bancuh..
dah minum2 susu semua, dia jadi ligat n buntang mata..
sambil membelek2 buku, dok membebel2 n bercakap dalam bahasa dia.aku pon respon jela dari jauh..

tiba2 dia dtg n tarik tgn aku..duk kata yak..yak..
sbnrnya dah perasan dia berak dari tadi..
sbb tiap kali nak wat projek, dia akan mencangkung n nampakla muka meneran dia tu..

aku pon terusla pimpin dia masuk toilet..masa tgh2 basuh yak ummar, tiba2 ada seekor lipas kecik mai ikut mana tah n trus  merayap kat kaki dia..nasibla ummar xmenjerit..dia jus tepis2 guna tgn n libas2kan kaki dia utk bagi lipas tu jatuh dari kaki..masa tu dh nak smpai peha gebu dia dah..
tapi xberjaya..
maka supermak ummi pon membantu la tepiskan lipas tu..
ok..dah selesai semua keluar toilet..
amik pampers n nak pakaikan kat ummar..mcm biasa, kena kejar2 dulu baru pampers tu berjaya melekat kat bontot tu..
sementara nak amik baju ummar, aku dgr bunyi strap..rupanya dia dah bukak balik pampers dia..mmg senang ja pon sbb pelekat jenis velcro kan..

dahtu dia pegang pampers dia n goyang2kan tangan.. macam ejek aku la..geramnya ummi..apala ummar ni..
pastu aku pon malas layan..juz cakap..
"haa..bukakla pampers..biar kat ummar.. satgi cockroach mai gigit tote ummar..ummi xmau tolong.."

sepantas kilat terus dia meluru sambil bawak pampers dia n letak tepi aku..pastu baring atas pampers sendiri..
wah..wah..wah..satu perkembangan yg baik..xpernah2 gitu..
HARI INI DALAM SEJARAH! 
volunteer nak pakai pampers..
dalam hati..kuang3..ohhooo..takut lipas gigit bird ye..
boleh guna cara ni lagi nampaknya..hehe
tapi rasanya xberjaya lama la kot kalu guna selalu..
sbb kita ingat kita bijak..tapi adakala sebenarnya dia lagi bijak dari kita..
hehe..
so kena kreatif guna dan gabungkan semua teknik di mana2 yg perlu..kihkih

hehe....to ummar dear..ummi love u so much..
awak mmg kena pakai pampers lagi..sabarla nak ye..
nanti ummar besar sikit ummi latih kencing n berak sendiri dalam toilet ye..
xpayah dah berpampers2 bagai..
biar adik ummar ja yg pakai pampers..;)



14 August 2011

Muhasabah #1







Tinggal sebulan lagi anakanda tersayang akan menjejak usia 2 tahun..

Pantas sangat masa berlalu.
Sebagai ibubapanya..
Sentiasa berlegar dalam hati dan fikiran persoalan2 yang antaranya kami sendiri tak pasti jawapannya....

adakah dalam 2 tahun ini, kami berdua sebagai ibubapanya telah menjaga amanah dari Allah ini dengan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya?

Apakah takrif 'ibubapa yang baik" menurut pandangan Islam?

Bagaimana dengan kasih sayang yang kami curahkan..pelukan kami kepadanya..ciuman kami kepadanya..doa kami buatnya..didikan kami buatnya..?

Cukupkah sekadar menjaga makan,minum serta pakainya?

Bagaimana untuk memberitahu "jangan buat itu..tidak boleh membuat ini.." dengan bahasa yang paling berhikmah dan terkesan di hatinya?

Terukkah kami jika kekadang terlanjur meninggikan suara dan menengking kepadanya apabila hilang kesabaran?

Wajarkah memukul anak kecil yang melakukan kesalahan walhal si comel belum tahu membezakan baik dan buruk walaupun dilakukan dengan niat mendidik?

dan pelbagai lagi..

..........................
Yang pasti, kami hamba yang lemah..tidak mampu mengawal semua perkara..kudrat kami terbatas..


Oleh itu..
Setiap hari kami berdoa..sambil merenung dengan penuh kasih wajah suci ini agar semoga kami sentiasa dibimbing oleh Tuhan dalam kami membimbing amanahnya..Jangan dek kerana salah langkah dan percaturan kami ibubapanya, si anak yang akan merana di kemudian hari...
dan semoga Allah mengiringi langkah permata hati kami dengan seribu satu kebaikan dan jauhilah dia daripada mudarat..Amin amin yarabbal alamin..








20 July 2011

panjang sangat rambutnya

rambut kat tepi dah sampai tendang telinga dah

cepat panjang rambut ummar ni

kalu ikat toncet pon dah bleh ngalahkan toncet gegurl!

"oo..betul2 dah panjang la kan ummi.."

yela sayang..tu yang kena potong tu..rimas dah ummi tgk..ingatkan nak botakkan aje..tapi sempat ka rambut nak tumbuh balik b4 raya..hehe..trus xjadi.

 so kita potong pendek sajala


ha..kan dah kemas..

..dan comel! :)