Tinggal sebulan lagi anakanda tersayang akan menjejak usia 2 tahun..
Pantas sangat masa berlalu.
Sebagai ibubapanya..
Sentiasa berlegar dalam hati dan fikiran persoalan2 yang antaranya kami sendiri tak pasti jawapannya....
adakah dalam 2 tahun ini, kami berdua sebagai ibubapanya telah menjaga amanah dari Allah ini dengan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya?

Bagaimana dengan kasih sayang yang kami curahkan..pelukan kami kepadanya..ciuman kami kepadanya..doa kami buatnya..didikan kami buatnya..?
Cukupkah sekadar menjaga makan,minum serta pakainya?
Bagaimana untuk memberitahu "jangan buat itu..tidak boleh membuat ini.." dengan bahasa yang paling berhikmah dan terkesan di hatinya?
Terukkah kami jika kekadang terlanjur meninggikan suara dan menengking kepadanya apabila hilang kesabaran?

dan pelbagai lagi..
..........................
Yang pasti, kami hamba yang lemah..tidak mampu mengawal semua perkara..kudrat kami terbatas..
Oleh itu..

dan semoga Allah mengiringi langkah permata hati kami dengan seribu satu kebaikan dan jauhilah dia daripada mudarat..Amin amin yarabbal alamin..
2 comments:
I do believe that if kita jaga mereka sebaik dan semampu yg ble tanpa rasa jemu and malas,mereka xkan mensia2kan kita suatu hari nanti.. :)
Insyallah lip..semoga mereka membesar jadi org yang berguna kepada agama dan masyarakat..
Post a Comment