Daisypath Anniversary tickers

14 August 2011

Muhasabah #1







Tinggal sebulan lagi anakanda tersayang akan menjejak usia 2 tahun..

Pantas sangat masa berlalu.
Sebagai ibubapanya..
Sentiasa berlegar dalam hati dan fikiran persoalan2 yang antaranya kami sendiri tak pasti jawapannya....

adakah dalam 2 tahun ini, kami berdua sebagai ibubapanya telah menjaga amanah dari Allah ini dengan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya?

Apakah takrif 'ibubapa yang baik" menurut pandangan Islam?

Bagaimana dengan kasih sayang yang kami curahkan..pelukan kami kepadanya..ciuman kami kepadanya..doa kami buatnya..didikan kami buatnya..?

Cukupkah sekadar menjaga makan,minum serta pakainya?

Bagaimana untuk memberitahu "jangan buat itu..tidak boleh membuat ini.." dengan bahasa yang paling berhikmah dan terkesan di hatinya?

Terukkah kami jika kekadang terlanjur meninggikan suara dan menengking kepadanya apabila hilang kesabaran?

Wajarkah memukul anak kecil yang melakukan kesalahan walhal si comel belum tahu membezakan baik dan buruk walaupun dilakukan dengan niat mendidik?

dan pelbagai lagi..

..........................
Yang pasti, kami hamba yang lemah..tidak mampu mengawal semua perkara..kudrat kami terbatas..


Oleh itu..
Setiap hari kami berdoa..sambil merenung dengan penuh kasih wajah suci ini agar semoga kami sentiasa dibimbing oleh Tuhan dalam kami membimbing amanahnya..Jangan dek kerana salah langkah dan percaturan kami ibubapanya, si anak yang akan merana di kemudian hari...
dan semoga Allah mengiringi langkah permata hati kami dengan seribu satu kebaikan dan jauhilah dia daripada mudarat..Amin amin yarabbal alamin..








2 comments:

LIP (^_^) said...

I do believe that if kita jaga mereka sebaik dan semampu yg ble tanpa rasa jemu and malas,mereka xkan mensia2kan kita suatu hari nanti.. :)

UmmiUmmarMuaz said...

Insyallah lip..semoga mereka membesar jadi org yang berguna kepada agama dan masyarakat..