Daisypath Anniversary tickers

20 May 2011

Bibik part 2



En. Hubby skrg bukan main berminat nak tahu perkembangan kisah bibik..asyik2 suh aku bukak page minah tu..Kitorg gelak2 je tgk page dia..Tapi kadang2 e. hubby sound juga isteri dia ni..
Dia kata tak baik mempermankan perasaan bibik..
tapi syu sekadar jalankan amanah yang diberi ja bang =p

Kan makcik aku yang mintak tolong suh aku menyamar untuk tahu apa motif dia berfesbuk.hehe

Nak kata sunyi, takkanlah..sbb anak2 makcik aku ada 6 org..Paling sulung umur macam adik bongsu aku..
Adik2 dia yang lain pon kecik2 lagi..means riuh jugakla umah tu ngan suara budak2..Tak sempat nak rsa sunyi n bosanla pendek kata..

Time cuti hari wesak tu, aku gtau makcik aku yg bibik ni macam dah menemui pencerahan agung..
Dah tak ber fb dah..
Post2 dia yg dia kelentong macam2 pon dah delete semua..
Termasuk yg dia mengaku dia ni keje sbg Doktor pakar Bedah..
Mentang2la majikan dia tu Doktor pakar, dan2 tu nak mengaku jd doktor pakar jugak..

Then makcik aku macam terkagum sekejap.
Sbb betul2 ingatkan bibik dah insaf n kembali ke pangkal jalan. 
Pastu makcik pon recall la kejadian yg berlaku baru2 ni..
Adik aku ahmad balik ke Kelantan untuk bercuti.
B4 this dia pernah jalankan full blood test..
Saja2la..
Ahmad pon tunjukla kat makcik aku suh tgk2 pasal report blood test dia 
Makcik aku lak terspontan cakap..
" Awat tak tanya bibik? dia pun doktor pakar jugak!" kuang kuang kuang

Zasssssss..bibik yg ada kat dapur masa tu boleh jadi telah terdengar perbualan ini..
Dan terus mendelete post2 kat wall fb nya..
hehe


kitorang satu keluarga pon berbahagia dan sangat gembira..
bibik ceksu dah insapp..yeayyy...
Tup2 tadi aku bukak fb..tertengok ini


ingatkan betul2 dah insaf..sekali dia upload gambar baru la..
Tgk gambar ni, nampak sgt niat dia nak bagi org percaya dia betul2 seorang doktor..
Comella gadis ni..sapa ek?banyak lak tu gambar dia ni..


Gambar dia pakai shawl ceksu dia dh delete tp aku sempat save.

sekarang ni ceksu dh xboleh nak tgk gambar2 dia..dia dah setkan for friends only..

mujurla aku jd "kawan" dia 

Tgk kat gambar dia, aku pon tryla tanya dia yg mana satu..yerla banyak gambar adik aku jer aku tgk.

kalo dia cerdik, xkanla dia nak ngaku tu gambar dia yer dak?

of course la tak!


Ha, tu jawapan dia..

tapi jwpn dia mmg xboleh blah..

"tu yen gmbr sume la. dari kecik smpai besar... nape... pening ker? comel2 kalo gmbr owg lain wat apa? comel gaya sendiri boleh la. x mau pinjam muka owg tau. x logik.. haha... sendiri punya gaya. huhuhu. owg cmni pun kata comel, mengada2 ler. malula pulak..."
( aku edit2 sket tang2 salah eja tu...)

OMGGGGG!!!

Aku rasa nak pengsan baca jawapan dia.

boleh tak tiba2 rasa menyesal sbb tanya dia at first place..

hahaha..

tapi....

Makcik yg kat bawah ni lagila nak pengsan bila tgk gambar2 dia digunakan oleh fb bibik..

kesian kat adik noh..

Kitorg suma pakat menyakat adik..cakap dia ngan bibik  bestfriend forever..
Makcik siap cakap mungkin sbb ada iras kot muka adik ngan bibik, tu yg bibik guna gambar dia
 ala2 gambar bibik ketika kecil..wakaka

xde org tanya pon nape duk ber fb guna hp..tiba2 nak bagitau semua..



Last but not least..presenting the real bibik with the shawl...

Amacam? not bad huh?
Ada iras2 adik kan?hehe


p/s: konon2 nak sensored kan fb bibik.. tapi xde maknanya..sekali nampak gak nama dia  kan..aku xrajin nak mengedit2 detail2 nih..


15 May 2011

Bibik

beberapa hari lepas kitorang adek beradek dapat msg kat fb dari makcik.
dia kata dia dapat tahu yg bibik dia duk layan fb..
ktorg lagi..dapat hot news macam nih..terusla menyiasat..

rupanya dia online guna hp.thru ovi nokia lagi..mak aii canggihnya bibik zaman sekarang..
tapi yg tensenya,dia guna gambar adik bongsu aku jadik pic profile dia..
adikyah guling2 bila dapat tahu sbbnya bibik dengan adik bongsu ni mmg baik..
tapi xtaula sampai guna gambar dia buh kat fb.

the best part plak, ada gambar kat profile bibik pakai baju nurul,anak makcik yang darjah 2.
ngan shawl yang baru makcik beli..adoyaai..
mmg nak kena la bibik ni..dahla shawl tu makcik xpakai lagi..dia rasmi dulu..

hapala bibik ni..huh


10 May 2011

Ammar dan Amir


Abang ipar aku, abang caq sambung belaja kat Jepun sejak hujung 2009 lagi..
Mengikut jadual,sepatutnya ujung tahun ni baru depa satu family akan balik Malaysia.
Tapi memandangkan gempa bumi yang melanda Jepun ritu, depa antara orang Malaysia yang
terpaksa meninggalkan bumi Jepun atas faktor keselamatan..

So, bulan April ritu depa sampai Kedah..
Kami sekeluarga pon balik ke kampung.
Rindu sangat dah dengan si kembar Ammar dan Amir..
Especially en. hubby la..since dorang tu anak buah pertama dia..
Ummar pon sempat jumpa kejap ja dulu..
sebab masa tu dia kena tahan wad 2 minggu sebab jaundis..

En. hubby zaman bujang..


Masa ni baru2 lagi kat Jepun..
Dah besar dah..

Reunion sesama sepupu

Amir, Ummar dan Ammar
Dan yang bestnya, Ummar dapat souvenirs dari  Mak Caq n Pak Caq..

dapat kasut ni.TQ ya..

dan setelah di deko2 oleh ummi dan ayah..jadilaa begini..

Kiri kanan xberapa nak balance...haha

Dan dapat jugak baju katun anpanman..kata kak ipar aku ,katun ni glemer kalo kat jepun..
Suami pon citer yg dia dulu pon suka tgk katun ni..aku lak xpnah tahu wujud katun ni..hehe

Seronok nya dapat baju

Haipp..Cover cover la sikit sayang..=D


Okeeyla..Pakcik, Makcik dan Adik Ummar xsabar nak jumpa Abang Ammar Amir lagik pasni..Hope to see both of you soon..




Bila ummi xda keja

Sayang Ummar sgt2

17 April 2011

Ke Kuching, Sarawak


Tarikh : 17.04.2011
Masa : 0900 am
Tempat : LTAB Bayan Lepas



Abah dan ma nak bertolak ke Kuching, Sarawak sbb abah ada kerja di sana selama seminggu.
Yang sebelah kiri tu my BIL..


Aku pulak jadi Photographer time ni..
Ummar dgn ayahnya xada dalam gambar..


Di sini rupanya..hubby sedang mengejar anak teruna kami yang excited tgh ukur luas airport


Kakak Batrisya ngan Adik Ummar


maklang pon nak enterprem jugak..


Kitorang lepak kat Giant lepas hantar ma ngan abah 


Aisar Zafran yang sangat comel


Bangun awal pukul 6 pagi, tu yang pukul 10.30 terlentok dah tue..

19 months

Sedikit tentang buah hati kami,
Muhammad Ummar Uwais yang sekarang makin cerdik. makin lasak. makin cheeky.
Dah pandai sebut ayah. Lancar pula tu. Kembang kempis hidung ayah. 

Bila ayah tgk ummi menjeling, mulala minta anak sebut ummi pula..
Dan macam biasa, Ummar masih berusaha. Yang kedengaran hanyala "meme", "emi" dan panggilan yang paling Ummar terrer, "mama"..hehe

Sekarang dah cekap menyanyi Twinkle-twinkle little star sambil kembang kuncupkan jari-jari kecil dia. Maklumla, tiap2 hari dari kecil asyik dengar ummi nyanyi lagu itu saja..Yang lain ummi xpandai.hehe Nak tergelak ummi dgn ayah dgr lagu Twinkle2 little star versi Ummar..

Mengira pun ada progress. Dulu sampai three saja..sekarang setiap kali kita kirakan utk dia, sampai sahaja part no. nine tu, terus dia jerit, TA! ( maknanya ten la tu.hehe)
ABC pun dah ada sambungan smpai H..Tapi not everytime la. Kadang2 dgr bercampur2 huruf. Tak apala saayang. Yang penting anak ummi membesar jadi anak soleh, sihat, bijak dan kuat bagaikan JUARA! hehe

Sekarang kegemaran ummar adalah apa sahaja berkaitan kereta..
Mainan mmg ada.banyakla jugak..tapi biasanya tak bertahan lama..
Tayar tercabut, body kereta tertanggal, helikopter pecah dan macam2 lagi..
just name it..erm..

Pandangan tu bah..macam minta dibelikan ja tau..


Ummar sekarang dah faham hampir kesemua apa yang org sekeliling perkatakan..
Dan sering mempraktikkan apa yang di ajar..
Sekarang masuk rumah dah pandai buka kasut sendiri tanpa disuruh,
Bila nak makan, automatik akan duduk..
Bila nak ambil makanan dari tangan ummi, terus ubah tangan bila ummi kata kita makan kena guna tgn kanan..
Bila dengar hp ayah, dia akn berlari ambil dan suakan pada ayah..
Bila dgr hp ummi berbunyi, dia akan berlari ambil dan suakan pada ummi..

olololo..yayang ummi..awat masyam neh?

Semakin rapat rasanya dengan si kecil ni.
Dia akan berada di mana - mana ummi berada.
Kalau tinggalkan sekejap dengan ayahnya di ruang tamu, mesti datang mencari ummi..
Bukan setakat datang, malah akan duduk bersama..
Kalau ummi basuh pinggan kat sink, dia akan duduk dicelah2 kaki ummi,
Bila ummi memasak, dia akan minta ummi dukungkan dia,sbb dia nak tgk dalam kuali.
Bila ummi solat, dia akan duduk ditepi @ di atas sejadah sambil buat2 gaya sembahyang tapi 1 rakaat je la.
Bila ummi masuk toilet, dia akan tunggu dpn pintu toilet..

Sekarang ni bila hantar ke skool, dia dah pandai wat taktikal xmau turun keta..
Kita bukak pintu sbelah sini, dia lari pintu sebelah sana..
Buka pintu sebelah sana, dia lari sebelah sini..
Last2, teacher ummar tunggu kat sebelah pintu, ayah tunggu kat pintu sebelah lagi..

Haaa..mana mau lari sekarang budak bucuk??=)

"Catch me if u can!!"


Emm..

Kalau ikutkan kiraan sendiri, kandungan sekarang dah masuk 6 minggu. Tapi setakat ni mmg xada alahan langsung. Dulu masa pregnantkan Ummar ada jugak rasa mabuk sikit2. Cuma xmahu dilayankan sangat masa tu sbb tinggal berjauhan dari family n hubby. Especially masa nak berus gigi pagi2..mmg rasa nak termuntah je. Itu yang buat aku pelik sikit kali ni.

 Langsung tiada. Bukannya aku mintak. Sebenarnya sangat bersyukur.. Cuma felik sedikit. Mmg takda gaya org mengandung kata suami.  Cuma cepat rasa penat dan letih . Setiap kandungan tak sama, itu yang aku selalu dgr daripada ibu2 yang dah ada ramai anak. Setakat ini, itulah penjelasan yang paling boleh diterima.

Cuma kerisauan tu ada jugala rasa kadang2..Tambah2 aku lum g check kat klinik. Tapi sana sini aku dah bagitau yang aku pregnant Cuma periksa sendiri di rumah saja. Hubby pesan tunggu dia balik kursus baru pg check sama2. Insyaallah semoga tiada apa2 dan bayi sihat-sihat saja :)
  
Inila dia kerja dua beranak semasa ketiadaan ayah..

Bestfriend ummi ni
Bergambar solo


Aksi xmenahan.mahu menerkam!