Sedikit tentang buah hati kami,
Muhammad Ummar Uwais yang sekarang makin cerdik. makin lasak. makin cheeky.
Dah pandai sebut ayah. Lancar pula tu. Kembang kempis hidung ayah.
Bila ayah tgk ummi menjeling, mulala minta anak sebut ummi pula..
Dan macam biasa, Ummar masih berusaha. Yang kedengaran hanyala "meme", "emi" dan panggilan yang paling Ummar terrer, "mama"..hehe
Sekarang dah cekap menyanyi Twinkle-twinkle little star sambil kembang kuncupkan jari-jari kecil dia. Maklumla, tiap2 hari dari kecil asyik dengar ummi nyanyi lagu itu saja..Yang lain ummi xpandai.hehe Nak tergelak ummi dgn ayah dgr lagu Twinkle2 little star versi Ummar..
Mengira pun ada progress. Dulu sampai three saja..sekarang setiap kali kita kirakan utk dia, sampai sahaja part no. nine tu, terus dia jerit, TA! ( maknanya ten la tu.hehe)
ABC pun dah ada sambungan smpai H..Tapi not everytime la. Kadang2 dgr bercampur2 huruf. Tak apala saayang. Yang penting anak ummi membesar jadi anak soleh, sihat, bijak dan kuat bagaikan JUARA! hehe
Sekarang kegemaran ummar adalah apa sahaja berkaitan kereta..
Mainan mmg ada.banyakla jugak..tapi biasanya tak bertahan lama..
Tayar tercabut, body kereta tertanggal, helikopter pecah dan macam2 lagi..
just name it..erm..
Pandangan tu bah..macam minta dibelikan ja tau.. |
Ummar sekarang dah faham hampir kesemua apa yang org sekeliling perkatakan..
Dan sering mempraktikkan apa yang di ajar..
Sekarang masuk rumah dah pandai buka kasut sendiri tanpa disuruh,
Bila nak makan, automatik akan duduk..
Bila nak ambil makanan dari tangan ummi, terus ubah tangan bila ummi kata kita makan kena guna tgn kanan..
Bila dengar hp ayah, dia akn berlari ambil dan suakan pada ayah..
Bila dgr hp ummi berbunyi, dia akan berlari ambil dan suakan pada ummi..
olololo..yayang ummi..awat masyam neh? |
Semakin rapat rasanya dengan si kecil ni.
Dia akan berada di mana - mana ummi berada.
Kalau tinggalkan sekejap dengan ayahnya di ruang tamu, mesti datang mencari ummi..
Bukan setakat datang, malah akan duduk bersama..
Kalau ummi basuh pinggan kat sink, dia akan duduk dicelah2 kaki ummi,
Bila ummi memasak, dia akan minta ummi dukungkan dia,sbb dia nak tgk dalam kuali.
Bila ummi solat, dia akan duduk ditepi @ di atas sejadah sambil buat2 gaya sembahyang tapi 1 rakaat je la.
Bila ummi masuk toilet, dia akan tunggu dpn pintu toilet..
Sekarang ni bila hantar ke skool, dia dah pandai wat taktikal xmau turun keta..
Kita bukak pintu sbelah sini, dia lari pintu sebelah sana..
Buka pintu sebelah sana, dia lari sebelah sini..
Last2, teacher ummar tunggu kat sebelah pintu, ayah tunggu kat pintu sebelah lagi..
Haaa..mana mau lari sekarang budak bucuk??=)
"Catch me if u can!!" |
No comments:
Post a Comment