Daisypath Anniversary tickers

14 November 2010

Ibu mengandung

Time kenduri kawen wandi -bergambar dgn kawan2 baik di matjiwa..
yg dua anak dara sunti lagi tu pon xlama lg dah..insyaallah..


Wajah bahagia ibu mengandung..yg belah kiri tu je ye..yg kanan tu nampak je cam peknen tp sbnrnya bkn =p 



Tahniah Wandi..
Im soooo happy for u..;D
Bkl bergelar ibu dis december..Due date 11 / 12..xlama dah tu..
Aku tersangatla yakin hg akan menjadi ibu yg sangat baik...
Moga dipermudahkan semuanya ya..Ameen..
Love You So Much, dear!

Kagumnya aku..

Sumpah!...aku tersangatla kagum dan tabik kepada mereka2 ini...


  • ibu bekerja yg menyusui anak sepenuhnya..mmg kagum siot..sbb aku tahu banyak cabaran dan pengorbanan yg depa terpaksa lalui demi memberikan yg terbaik kpd anak yg tersayang..

  • ibu mengandung yang berjauhan dengan keluarga dan suami tersayang...oh yg ni aku penah rasa..sbb tu kagum..;) 

  • ibu dan anak yg jauh dari suami dan keluarga kerana tuntutan kerjaya..huhu..sedihnya membayangkan..nasibla aku dh dpt tukar once ummar lahir..rejeki ummar uwais la tu..ummi numpang aja..

Tapi semua yg berlaku pasti ada hikmahnya..macam yg jauh dari suami dan keluarga tu, aku sgt pasti yg ibu dan anak akn mempunyai bonding yg sgt utuh..dan mereka juga pastinya akan menjadi insan yg physically n mentally strong..tambah2 si ibu..sbb mmg harus jadi-strong-walau-macam-mana-pon. dan si anak la yg jd pembakar dan penguat semangatnya..mereka harus redha dan yakin bahawa ini adalah yg terbaik buat mereka..kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI.. 

01 November 2010

Quick Update..

Salam semua..

baru2 ni aku baru tersedar yg aku rupanya lebih gemar membaca daripada menulis..
Pada usia 26 tahun baru tersedar?hehe..
Sebabnya once jari nak tekan keyboard, idea yg sbelum ni mencurah2 trus blank..erk..
tp membaca entri org sgt loike tau..
Apakah?Kenapakah?Bagaimanakah?

Sebab tu la aku suka sgt BW..
sampaikan kdg2 duk tgk blog org len x berupdate, siap terpacul dari mulut ni..
"aik..pasaipa xdak entry baru ni?"..
heh..Manyak cantek..asyik nak menerima..nak memberi jarang2 sekali..;p

Okeyla..aku ingat nak update sketla apa2 yg teringat..

-Muhammad Ummar Uwais skrg ni dh makin cerdik versi dia sendiri..
  • Dah pandai naik keta menan dia.Tp setiap kali naik dia mesti guna kaki kiri. Sbb tu dia akan jadi terbalik (stereng kat depan kepala mengadap ke belakang) kalu naik dari sebelah kanan keta. 
  • Asal nampak kami siap2 nak kuar, dia awal2 lagi dah g amik kasut dia.kdg2 siap pakai kasut keja ayah dia yg besar gedabaks tu.
  • Kalau pegang kunci rumah dia akan lari pegi kat pintu utama then jengket kaki kunun2 nak masukkan kunci dalam lubang kunci. Dh mcm org nak lari dari rumah pon ada aku tgk.hehe
  • Tabiat menarik rambut kanak2 len makin menjadi2 menurut cerita dari pengasuh ummar.Rambut aku yg xberapa nak kanak2 dah ni pon dia suka tarik jugak everytime nak minum susu. isk.anak ummi nie..
  • xmahu didukung atau dipimpin dah kalu jalan2 kat pasaraya..n slalu menapak ikut gadis2 comel yg lalu tepi dia..oh..yg nie menakutkan okeh..
Semoga jadik anak soleh Ummar Uwais k..

Mcm byk lg nak ditulis..tp dah terlupa..adoi..makin nyanyuk skrg nie..huhu

25 October 2010

Panjang Umurnya..

Salam..

Sunyi sungguh laman aku nie..nak wat camna..
tuan dia yg malas ni jarang2 jenguk..bz la kengkononnya kan..hehe ~cliche..=p
start masuk bln oktober, mmg akan rasa cam pantas je masa berlalu..
pejam celik..tau2 dah nak kena set azam taun baru la sgt..
syllabus taun ni utk bdk2 yg aku ngajar pon dah habes dari bln lepas lagik.
lega perut rasa..fuuh...

sejak cuti raya haritu, tiap2 hari sabtu ada je keje..hoh..penat wey..
terkocoh2 ke sana sini.. mau kurus aku nanti..hehe *mimpi*

15 Oktober lepas besday en hubby.excited aku tunggu dari bulan sept lagik..
mcm2 planning sbnrnya...konon2 nak tempah cupcakes buh edible image arsenal la kat sini..
nak selebret mkn tmpat spesel la n mcm2 lgk..hehe


Last2 aku beli 1 slice cake SR + pretzel Auntie Annes 4 ketui + Pizza Tuna RM 4.79 kat La boheme..
Tu jer..Malam 14 Okt tu 3 beranak dok mkn mengadap sambil bersila..
Wish2 Hepy Besday, wish loving2 bagai then tido..
Sok paginya kul 645pg b drive g skolah aku senyap2 g letak Kad Besday 2 keping ( 1 dari aku, 1 dari Ummar) ngan sekotak hadiah kat atas dashboard kete..

Dalam kul 725 en hubby cayunk kol

Dia:  Syu dah sampai sekolah lum ?
Aku : Dah. Baru pas punch. Dah bertolak syg?
Dia: Blum.baru masuk keta. Ni syu wat seprise kat abg ka?
Aku : Oo..dh tgk la ni..terharu dak? *sambil senyum2 bangga*
Dia : Tu la..mcm terharu jgk..*sambil kesat2 air mata* (teet..yg ni aku tipu!=p)
Aku : Dah baca kad Ummar?dia yg tulis conteng sendiri tau...
Dia : Heee...;) *suara bahagia*
............................................................................................................




Ya Allah ya Tuhan kami..
Lindungilah dan peliharalah suami kesayanganku Mohammad Rifaee bin Ahmad..
Kurniakan kepadanya  kesihatan yang baik,
limpahan rezeki dan nikmat,
hati yang tenang dan tenteram, 
lapangkanla dadanya,
dan berikan hanya yang terbaik buatnya..

Jadikanlah suamiku hamba yang taat kepada Mu,
Sayang dan kasih kepada Mu,
Sayang dan kasih kepada ibubapanya,
Sayang dan kasih kepada ibubapa mertuanya,
Sayang dan kasih kepada isteri dan anak-anaknya..

Amin ya Rabbal alamin...






23 October 2010

Best lagu nie..tenyum...;)



Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
 

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
 

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
 
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
 
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
 
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
 
Ulang Chorus


Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
 
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
 
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
 
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
 
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit



....................................................................................................................................................................




Ummar Renyih..=)
....................................................................................................................................................................

07 October 2010

Buas ker anak ummi ni?

Aiseyman..td pengasuh ummar tibe2 cakap..

"ummar buas sgt la la ni"..huhu..sentap kejap aku dgr intro dia ptg td..buas ni kalo org utara ckp merujuk kepada perlakuan yg xreti duk diam..kalo bahasa positifnya...aktif la...

"pastuh duk tarik rambut Awal je hari ni" 

kecik hati hokey kalo tibe2 dgr org kata kat anak kita camtuh..mule la kpala hotak aku ligat dok pikir alternatif nak hantar ummar kat lain plak..mmgla dia xda ckp xmo jaga ummar dah..tp aku ni yg sentap lebey..

yerla...nada dia ckp tu bunyik cam org putus asa n mengeluh..mcm xlarat sgt dh nak melayan anak bujang aku..mau xresah aku dibuatnya..


huwaaaaaaa..nak nanges aa camnih..
buas sgt ke hero aku nih kat umah dia?
bila duk umah ngan aku ok jek aku rasa..
still in control la..

adoyai..

28 September 2010

Menyusun keluarga

Baru saja mendapatkan majalah Pa & Ma edisi Oktober seminggu lepas.ada satu artikel yg menarik perhatian....... 

HUKUM MERANCANG KELUARGA MENURUT KEPUTUSAN JAWATAN KUASA FATWA KEBANGSAAN.

1. Keputusan Muzakarah Jawatan kuasa Fatwa Kali ke-5 pada 22 November 1973:
Menggalakkan amalan perancangan kepada umum adalah haram tetapi bagi orang perseorangan atas sebab2 yang tertentu adalah diharuskan.

2. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali ke 12 pada 20 Februari 1977:
Merancang keluarga mengandungi  bahagian -

a) memandulkan lelaki atau perempuan adalah haram!
b) mencegah kelahiran atau mengehadkan bilangan anak adalah haram melainkan dengan sebab - sebab yang diharuskan syarak bagi orang2 perseorangan dan...
c) menyusun keluarga daripada segi kesihatan pelajaran dan kebahagiaan dengan cara yang lain daripada dua cara di atas adalah harus..



Ya..MENYUSUN KELUARGA..
itulah istilah yang paling tepat untuk merujuk kepada perancangan keluarga yang diamalkan pada hari ini.

Bagi aku setiap ibubapa berhak untuk memilih untuk menyusun keluarga dari segi kelahiran anak yg pertama atau jarak kelahiran antara anak2 yg seterusnya.

Kaedah perancangan atau penyusunan juga pelbagai.Semuanya atas pilihan masing2. 

Dlu2 pernah gakla aku try makan pil perancang Yasmin selama dua bulan lepas habis pantang bersalin. Pil ni lebih kepada tujuan kosmetik kata doktor aku. Memang ye.Kulit aku jadi gebu gebas  dan jarang ada jerawat sepanjang aku consume pil tu.  

Part yg xbestnya, dua bulan aku jadi senggugut sampai rasa nak demam tiap kali nak dtg peot. padahal dari zaman anak dara sampaila kawen, xpnah aku dapat senggugut ni.

Then after discuss ngan suami aku yg sgt memahami ni, dia bersetuju utk aku menghentikan pengambilan pil dan kami sepakat membawa berkat  memilih utk mengamalkan kaedah semulajadi.

ALHAMDULILLAH dengan izin Nya, sehingga sekarang umur Ummar pon dah menjangkau 1 thn ++, DAN kaedah yg digunakan ternyata berjaya.

Tapi penyakit lain pulak yg dtg. Semenjak dua menjak ni aku jadi rindukan bau dan tangisan newborn baby...jadik angau semacam...emo semacam..Tgk gambo anak2 membe yg baru lahir, bergenang air mata aku..teringat masa lahirkan ummar dulu..Tambah2 tgk hero manja aku yg comel tu dh laju berjalan..rasa mcm dia dh besar enuff utk ada adik n pimpin tgn adiknya.hehe..

Bila aku ajukan bnda ni kat mak aku, dia ckp 'ala..tunggula ummar besar sket..kesian dia kecik lagi'
Lagipon mak aku ckp dia tau mcm mana rasanya ada anak kecik rapat2..hemm..
dilema dilema...

lagi satu sebabnya yg buat aku xsabar nak adik utk ummar ni jgk adalah krn aku nak sempurnakan impian yang aku xberjaya laksanakan utk ummar dulu. utk Fully BF anak aku.

Sebabnya Ummar Uwais kesayangan ummi dia ni hanya sempat menikmati titisan susu umminya selama kurang dari 2 bulan sj...Tp aku xsesal.sungguh aku xsesal.di saat keliling aku sume memperkatakan ttg betapa ruginya tidak menyusui anak2 sendirik. sebab aku tahu Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk hambanya.apa yang terjadi penuh dgn hikmah..YA..PENUH HIKMAH..dan hanya Allah saja yang mengetahui betapa aku pon mahu yg terbaik utk anakku..tapi aku tetap bersyukur yang amat..krn Yg Bestnya..Ummar dapat sepenuhnya susu yg mengandungi kolostrum sebab selama 1 minggu lepas lahir dia menyusu sepenuhnya dariku wp terpaksa ulang alik ke hospital setiap hari. Alhamdulillah.  See..Tuhan Maha Adil kan.Maha pemurah..DIA tetap memberi walaupon mungkin xbanyak dan xlama mcm bayi lain..;) Alhamdulillah lagi sekali...
 
Apa2pon, Breastpump Avent ISIS iQ UNO aku dah bertukar milik buat sementara waktu. Semoga ia terus berjasa untuk kakngah..yay..Caiyok2 to all BF mommies out there..dont giv up..if only that u know,u all are inspiring others! ;)

Oh..apa2 pon xkira..taun depan Insyaallah tetap akan ada Uwais atau Auni junior..heeee ( dengan penuh konpiden buat statement tanpa tanya en hubby =p)

-----------------------------------------------------------------------------------------
Jom layankan piccas di bawah sambil kita perhatikan 
evolusi fizikal bayi yang bernama 
Muhammad Ummar Uwais bin Mohammad Rifaee,
kesayangan hati hamba ini...;)
----------------------------------------------------------------------------------------



Zzasssssssss...!!







































---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
melayan perasaan sambil tgk gambar2 ummar sejak lahir...
agak berbeza bukan? sampaikan ada kwn2 yg bergurau ckp kami tertukar anak..
masa lepas lahir tu kulit gelap lagik..tp gelap2 pon anak ummi dgn ayah jgk..
xkesah pon..
gelap2 berkilat pon comey bangat kami rasa..
kami duk rasa anak kami la paling comey kat dunia skalik time tu sampaila skrg
sayang sangat kat ummar..
jadik anak soleh ya sayang..jadik pembela ummi dan ayah..
pengubat duka lara ummi..
SAYANG UMMAR BUCUK NI.. ;)))
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------