Daisypath Anniversary tickers

28 September 2010

Menyusun keluarga

Baru saja mendapatkan majalah Pa & Ma edisi Oktober seminggu lepas.ada satu artikel yg menarik perhatian....... 

HUKUM MERANCANG KELUARGA MENURUT KEPUTUSAN JAWATAN KUASA FATWA KEBANGSAAN.

1. Keputusan Muzakarah Jawatan kuasa Fatwa Kali ke-5 pada 22 November 1973:
Menggalakkan amalan perancangan kepada umum adalah haram tetapi bagi orang perseorangan atas sebab2 yang tertentu adalah diharuskan.

2. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali ke 12 pada 20 Februari 1977:
Merancang keluarga mengandungi  bahagian -

a) memandulkan lelaki atau perempuan adalah haram!
b) mencegah kelahiran atau mengehadkan bilangan anak adalah haram melainkan dengan sebab - sebab yang diharuskan syarak bagi orang2 perseorangan dan...
c) menyusun keluarga daripada segi kesihatan pelajaran dan kebahagiaan dengan cara yang lain daripada dua cara di atas adalah harus..



Ya..MENYUSUN KELUARGA..
itulah istilah yang paling tepat untuk merujuk kepada perancangan keluarga yang diamalkan pada hari ini.

Bagi aku setiap ibubapa berhak untuk memilih untuk menyusun keluarga dari segi kelahiran anak yg pertama atau jarak kelahiran antara anak2 yg seterusnya.

Kaedah perancangan atau penyusunan juga pelbagai.Semuanya atas pilihan masing2. 

Dlu2 pernah gakla aku try makan pil perancang Yasmin selama dua bulan lepas habis pantang bersalin. Pil ni lebih kepada tujuan kosmetik kata doktor aku. Memang ye.Kulit aku jadi gebu gebas  dan jarang ada jerawat sepanjang aku consume pil tu.  

Part yg xbestnya, dua bulan aku jadi senggugut sampai rasa nak demam tiap kali nak dtg peot. padahal dari zaman anak dara sampaila kawen, xpnah aku dapat senggugut ni.

Then after discuss ngan suami aku yg sgt memahami ni, dia bersetuju utk aku menghentikan pengambilan pil dan kami sepakat membawa berkat  memilih utk mengamalkan kaedah semulajadi.

ALHAMDULILLAH dengan izin Nya, sehingga sekarang umur Ummar pon dah menjangkau 1 thn ++, DAN kaedah yg digunakan ternyata berjaya.

Tapi penyakit lain pulak yg dtg. Semenjak dua menjak ni aku jadi rindukan bau dan tangisan newborn baby...jadik angau semacam...emo semacam..Tgk gambo anak2 membe yg baru lahir, bergenang air mata aku..teringat masa lahirkan ummar dulu..Tambah2 tgk hero manja aku yg comel tu dh laju berjalan..rasa mcm dia dh besar enuff utk ada adik n pimpin tgn adiknya.hehe..

Bila aku ajukan bnda ni kat mak aku, dia ckp 'ala..tunggula ummar besar sket..kesian dia kecik lagi'
Lagipon mak aku ckp dia tau mcm mana rasanya ada anak kecik rapat2..hemm..
dilema dilema...

lagi satu sebabnya yg buat aku xsabar nak adik utk ummar ni jgk adalah krn aku nak sempurnakan impian yang aku xberjaya laksanakan utk ummar dulu. utk Fully BF anak aku.

Sebabnya Ummar Uwais kesayangan ummi dia ni hanya sempat menikmati titisan susu umminya selama kurang dari 2 bulan sj...Tp aku xsesal.sungguh aku xsesal.di saat keliling aku sume memperkatakan ttg betapa ruginya tidak menyusui anak2 sendirik. sebab aku tahu Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk hambanya.apa yang terjadi penuh dgn hikmah..YA..PENUH HIKMAH..dan hanya Allah saja yang mengetahui betapa aku pon mahu yg terbaik utk anakku..tapi aku tetap bersyukur yang amat..krn Yg Bestnya..Ummar dapat sepenuhnya susu yg mengandungi kolostrum sebab selama 1 minggu lepas lahir dia menyusu sepenuhnya dariku wp terpaksa ulang alik ke hospital setiap hari. Alhamdulillah.  See..Tuhan Maha Adil kan.Maha pemurah..DIA tetap memberi walaupon mungkin xbanyak dan xlama mcm bayi lain..;) Alhamdulillah lagi sekali...
 
Apa2pon, Breastpump Avent ISIS iQ UNO aku dah bertukar milik buat sementara waktu. Semoga ia terus berjasa untuk kakngah..yay..Caiyok2 to all BF mommies out there..dont giv up..if only that u know,u all are inspiring others! ;)

Oh..apa2 pon xkira..taun depan Insyaallah tetap akan ada Uwais atau Auni junior..heeee ( dengan penuh konpiden buat statement tanpa tanya en hubby =p)

-----------------------------------------------------------------------------------------
Jom layankan piccas di bawah sambil kita perhatikan 
evolusi fizikal bayi yang bernama 
Muhammad Ummar Uwais bin Mohammad Rifaee,
kesayangan hati hamba ini...;)
----------------------------------------------------------------------------------------



Zzasssssssss...!!







































---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
melayan perasaan sambil tgk gambar2 ummar sejak lahir...
agak berbeza bukan? sampaikan ada kwn2 yg bergurau ckp kami tertukar anak..
masa lepas lahir tu kulit gelap lagik..tp gelap2 pon anak ummi dgn ayah jgk..
xkesah pon..
gelap2 berkilat pon comey bangat kami rasa..
kami duk rasa anak kami la paling comey kat dunia skalik time tu sampaila skrg
sayang sangat kat ummar..
jadik anak soleh ya sayang..jadik pembela ummi dan ayah..
pengubat duka lara ummi..
SAYANG UMMAR BUCUK NI.. ;)))
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments: