Daisypath Anniversary tickers

22 December 2011

Muhammad Muaz Mukmin

Assalamualaikum..
Welcome to the world the little caliph..Insyaallah..
Muhammad Muaz Mukmin bin Mohammad Rifaee
14th Disember 2011
2.38 am
50 cm
3.7 kg
Normal delivery with the aid of epidural makcik xtahan sakitla..huhu..;)

13 December 2011

Ok, sementara putera kecil sedang beradu, mari kita menulis sedikit perkembangan ttg adik baby..
Last week hari Jumaat saya pegi untuk checkup 40 weeks. ingatkan nak kena induce ke apala kan..sbb dah due date..tapi....

1. Dr cakap boleh tunggu lagi dua minggu sbb dia nak guna due date 17 / 12 yang dapat masa scan baby 3 bulan aritu..katanya due date ni valid sbb masa scan 7 minggu, dia payah nak jumpa sarung bayi padahal patutnya masa 7 minggu dah boleh nampak...so dia assume actually pregnancy baru 6 minggu masa tu..

2. Kepala baby baru engaged 1/5 bahagian sahaja..no wonderla saya selalu rasa kepala bayi bergerak ke tepi bila tido mengiring..means kepala si adik lum ketat lagi masuk ke bukaan..

3. Dr masa usap2 perut saya cakap perut ok, xberapa besar sgt..tapi bila scan, dia estimate berat dah 3.9kg..tapi dia ckp no worries sbb scan ni kdg2 lari jugak..so dia ckp maybe plus minus 3.5kg la..Wallahualam..


p/s : 13/12/11-rasa contraction dtg sekali sekala sejak 7.00 pagi td..minta doa dari kwn2 semua moga dipermudahkan dan selamat semuanya ;)

08 December 2011

Abang Uwais

Happy 3rd anniversary to us..;)
3 years full with LOVE, PATIENCE, TOLERANCE, COMMITMENT..
Thanx abang for always be there for me..to guide, to love, to care, to listen, to share..
And being a  a good father to our son,a good friend and my best soulmate!!
Semoga hubungan ini sentiasa dirahmati Allah..amiin..... 

Besok genaplah 40 minggu kandunganku..dan besok jugak ada temujanji dgn doktor..
berdebar jugak..last week doc scan, dia estimate berat baby 3.5kg..
huhu..berat umminya plak dah 76kg..
berkongsi cerita masa naik lif balik ke rumah..ada budak lelaki sebaya ummar naik dgn ayah dan abangnya (umur dalam 7,8 tahun )..budak tu tunjuk kat aku dan cakap.."ayah, gemuknya"..
tapi ayah dia buat dek dan mcm buat2 xdgr..budak tu ulang lagi sampai dia keluar lif..
hehe..aku senyum jer la..budak2 mmg jujur dan laser..=p
aku xdala rasa apa sangat pun..budak2 kan..
tapi kalau ummar yang cakap mcm tu kat org, mmg nak kena la ngan ummi..=p

pregnant, normal la berat badan naik..harap itu juga indicator yang adik baby membesar dgn sihat di dalam..
tapi persoalannya..
mampukah berat bdn kembali ke asal?heh..
hanya masa dan usaha bakal memberikan jawapan..;)

oh yer, untuk kali ni, aku dah tempah sorg confinement lady untuk jaga masa berpantang..
dia akan tinggal sekali dengan kami sepanjang 2 minggu lepas aku bersalin untuk mengurut, bertungku, masak makanan pantang n mandikan bayi..

aku dan suami buat keputusan ini memandangkan kami memilih untuyk berpantang di rumah sendiri..
mak aku mmg offer diri untuk jaga dan masa ummar dulu pun, mak yang jaga bagai menatang minyak yang penuh ( bahasa xnak kalah=p)..
cuma kali ni sebolehnya kami xmahu menyusahkan kedua org tua kami dek faktor usia dan faktor mak aku skrg pun mmg mengasuh 3 orang anak abang aku yang tinggal sekali. kesian kat dia..xmaula menambahkan beban dia lagi..dengan tugas menghantar dan menjemput adik bongsu aku ke tuisyen lagi..ayah aku pulak masih bekerja..
lagipun ummar sekarang makin lasak tambah2 bila balik kampung jumpa sepupu sepapat..
suka sangat dia tarik rambut, tolak sampai jatuh sepupu lelaki dia yang muda 6 bulan tu..
dan of kos la benda tu pun berlaku sbb sepupu dia kadang2 provok dia dulu..biasala budak2..
berebut mainan n etc..

tapi being a mother, aku feel very bad each time sepupu dia menangis disebabkan karenah anak aku..
ummar mcm biasala, bila dilarang dia mendengar n paham..n dtg mengadu kat aku konon nak ckp bukan dia yg mulakan..cuma most of the time dia nak kontrol semua benda n nak budak2 lain ikut rules dia..
contohnya kalu toys dia, dia je yg boleh main..xpun kalau dia nak share, dia yang akan decide sendiri bila dia nak bagi kat org untuk main together, xboleh org lain yang tentukan atau pandai2 ambil..isk anak ummi..

tapi tu la..perlahan2 kitorg tgh nak educate dia yang sharing is good caring, mengalahla bila perlu dan xbaik pukul2 org walaupun orang tu bersalah..bunyi mcm payah, tapi kalau xstart sekarang, bila lagi rite?
Apapapun, kami sentiasa doa yg terbaik untuk putera sulung kami agar menjadi khalifah dan nakhoda yang baik..insyaallah..

Abang Muhammad Ummar Uwais
Kejadian semalam..teman ummi tunggu airasia promo


Belanja pakteh kat swensen



mengasuh ummar dengan sabar dan kasih

05 December 2011

Penangan penanggal


Semalam sempat tgk citer hantu penanggal kat astro prima. Mula2 xberani jugak sbb sebelum2 ni seboleh bolehnya elakkan diri tgk citer2 hantu..tapi dah anak bujang sorang ni request nak tgk, terpaksala..Ummar duk cakap "nak hantu, nak hantu"..
Ayahnya pun pasangkanla.mmg dia xmiss sikit pun..khusyuk je tgk..ummi pun stuck sama..best jugak citer nie.teringat masa kat sabah dulu, kwn2 cite pasal hantu penanggal kat kampung dorang..tapi dorang panggil 'balan balan'..kalu xsilapla..

pukul 1 pagi baru kitorang anak beranak masuk tido..yang si ummar uwais ni marah bila lampu tutup.. dia duk cakap..hantu..hantu..aduhaiii Ummar..tadi berani sgt tgk..
tapi ayahnya tutup jugakla. sambil pujuk anak cakap mana ada hantu..dan ajak ummar tido atas katil dgn kami..dia pun refuse xmau tido dalam cot adik dia smlm..
peluk dia kejap2, xlama ummar pun tertido. tapiii...
ummi plak yg pk bkn2 n pyh nak tido.hehe..


sekarang ni tgh tunggu Pakteh ummar datang dari sp.dia sekarang ni ambik kontrak jaga ummar dan ummi.
sbb terpaksa duk rumah sendiri sejak khamis lepas sbb kelas ada mcm biasa setiap jumaat..
walaupun terkedek2 jalan, kena attend kelas jugak.hari jumaat ni ada kelas lagi..
tapi 9hb ni dah due date bersalin..so tgkla mcm mana..
oh ya, assignment ada 3 lagi xsiap..adoiii..
mood mmg ke laut dah skrg ni..
motivasi pon mmg zero.
ummar skrg weekdays mmg anta pg skool..
seorang diri la saya di rumah terkebil2 sambil tunggu kot2 ada contraction( boleh gitu?),
 bleh trus nak kol en hubby..
tp weekend balik gak la umah ma.
mcm smlm, lepas mkn kenduri anak ex- pengasuh ummar,
zass trus niat nak balik sp.
kesnya abah saya tepon ajak mkn dinner kat rumah sbb ma nak masak jenahak sweet sour!
mmg sedappp sgt22..thanx ma n abah..

b4 balik sp singgah kat jusco dulu. larat lagi tuh!
jalan2 cari pampers ummar..
dan sambar bedsheet untuk katil baru kami..kebetulan kebetulan sokmo  Akemi ada sale..
sukaaa sgt...
balik rumah xmenyempat pasang..
sanggup pasang sendiri walaupun xlarat n sakit kaki..
sbb bila minta tlg en hubby..
dia ckp besok dia akan pasangkan..
xsabar dah weyyy..

apa pun, rasa sgt gembira this weekend..
mungkinkah ini weekend terakhir saya sebelum bersalin?
who knows kan..
apapun kalu Allah takdirkan baby kuar 12.12 pon cantik jugak..
boleh trus sambung cuti bersalin sampai cuti sekolah bulan 3..hehe




okey..itu sahaja..daaaaaaaaaaa



p/s : "Baby ummi sayang, ummi dah xsabar nak jumpa baby ni..sampai termimpi2 dah bersalinkan awak n berat 3.6kg masa dlm mimpi tuh..see u soon, yer nakk ;) "

21 November 2011

Semoga selamat

wah..sudah 37 weeks and 3 days..abg ummar dulu time ini sudah keluar..
so true la lain kehamilan lain caranya..tapi ummi xkesah..Takdir Tuhan dan perancangannya adalah yang terbaik untuk kita..dan alhamdulillah dah start cuti sekolah..boleh berehat lebih sket.
ummar dengan kak aisyah, dua pupunya yg sgt sabar melayan ummar

abang ummar




ayam penyet's hunting time..

ummar yg xsehat, muntah dlm kete (bulan lepas ).ayam penyet kensel!

minggu lepas adalah minggu yg sgt hectic. dgn assignment, presentation yg cukup melelahkan..tapi alhamdulillah berjaya disiapkan. hari sabtu lepas juga pertama kali rasa sakit kontraksi yang ketara datang.sampai cuak juga ayahnya. takut xsempat nak attend majlis pertunangan adik kesayangan.. tapi lepas setengah jam, ianya menghilang dan hanya berulang sekali sekala sahaja dalam masa 2 hari ni. barang2 persiapan menghadapi bayi baru pun dh selamat ada dalam boot kereta. 3/4 ruang penuh dgn barang2 adik baby. dan alhamdulillah juga selamat sampai ke alor setar ptg sabtu dan dapat berkongsi saat2 manis pertunangan adik ipar yg berlangsung smlm..Tahniah adik an..tahun depan ke Sarawak la pula kita ye! ;)



Insyaallah mlm ni lepas tgk match indon-malaysia atas permintaan suami, barula kami akan berangkat dari penang ke sungai petani. menunggu kelahiran di samping bonda dan ayahanda..insyaallah plan bersalin di hospital yang sama dengan ummar dulu..dan dgn doktor yang sama..dan mungkin kali ni amik epidural jugak mcm dulu...kuang kuang kuang..yang tu xsure lagi..hehe

apapapun semoga Allah mempermudahkan segalanya..Amin..

17 October 2011

32 weeks

Memandangkan hari ni sekolah aku cuti, blehla update blog lagi..
kalau nak mengharapkan hari kerja mmg xmampu nak membelek2 blog.
Oh ya, nasi ayam semalam tu alhamdulillah jadi..senang je rupanya..Rajin atau xrajin ja isu dia..hehe
Tepat pukul 10 pagi kami bertiga mengadap breakfast yg sebenarnya dah merangkap lunch...
mmg kena masak awal coz pukul 12 kena pi ofis developer rumah kat sg petani.
komen dari en hubby : ok.sedap.not bad la for a first timer cuma xberapa nak ada kick..

okla tu kan, byk nak kena improve lagi. apapun syukur dpt sediakan juadah untuk keluarga..yang lebih penting dapat spend dgn family masa makan tuuu..kami hampar tikar n mkn kt bwh..gelak2..sembang2..ummar pun makan banyak. Makan sendiri lak tu dlm mangkuk dia.
sekarang ni kalau nak bagi ummar makan, kena bagi sudu sekali.sbb rasanya ummar ni kidal.
semua benda dia cenderung pegang guna tangan kiri.even makan dgn tgn pun guna tgn kiri gak.
Nasib baikla bukan hisap jari kiri..ibu jari kanan jugak yg lagi se manis kurma, kan ummar kan.;)





..........................................................................................................................



 berbalik kepada topik asal, sekarang kandungan dah 32++. Jumaat ni  masuk 33 weeks...
Makan semakin berselera..xboleh nampak nasik..mmg akan bertambah2..
so no wonderla sekarang ni seminggu naik sekilo..
Masa awal2 pregnant, 65 kg.
14 minggu , 63 kg
28 minggu , 67 kg
32 minggu 71 kg
28 w
40 minggu? adakah 79 kg?

wah, ngeri jugak tgk pertambahan berat badan aku masa mengandung ni..hehe
Apa2pun aku tawakal dan mengharapkan yang terbaik je nanti..Allah knows BEST kan.


........................................................................................................

Persediaan untuk adik Ummar baru 50% kot yg dah buat.

Baju : xbeli banyak sgt.tambah 6 pasang saja.
yg lain pakai mana ada. baju abangnya pun ada, dari sepupu2nya pun ada..cuma belum basuh je lagi..

baby cot : kali ni kami beli baru. sebab ummar dulu xada babycot/playpen. Katil queen kami xberupaya menampung lebih dari 2 org (read : ummi dan ayah ). Niat nak beli 4-in-1 convertible cot, tapi harganya xberbaloi, so beli cot yang biasa dan 1 king size bed. Total harga = sama dgn 1 convertible cot. Puas hati!

Yang belum beli : kain lampin, minyak telon, towel n banyak lagila

Stroller : bak kata sorang teman sekolahku, bonus yang kerajaan umum nak bagi ni membuatkan org beli barang yang bukan keperluan. SOOO TRUE! hehe..aku bila ja dgr dapat bonus tu, terus berkira2 nak beli stroller baru.stroller lama guna sweet cherry. tapi tayar dia mcm rosak dah..so dah xguna.skrg ni juz guna buggy stroller jenama candy yg harga rm90.tp kesian tgk ummar xselesa dlm tu.

See..ummar nampak xselesa kan? =p
tp masalahnya en hubby mcm xsetuju aku nak beli stroller baru. erm..so skrg ni tunggu restu dari dia ja lagi..nak kena susun strategi memujuk ni..kalu xberjaya, i beli babywearing je la..hukhuk
Add caption


ni lah antara stroller yang duk verangan..huhu
halford zuzz 4

Mclaren Techno XT
Techno xlr

Quinny zapp xtra

Arghhh...xmo pk dah...DONIA..DONIA semua ni syu!!!
**Abang, please..**

16 October 2011

Birthday...Birthday..Birthday..

Last update blog ni 2 bulan lepas..sungguh malas rasanya..sampaikan en hubby duk tanya2..
bleh plak aku jawab xlaratla bang nak update..hihihi..

so harini ada masa sket n n lehla amik kesempatan sementara kesayangan hamba yg berdua tu tgh tido.
semalam besday en hubby..niat nak belanja mkn kat luar kena postponed dulu coz bulan ni tersangatla banyak pakai duit beli itu ini untuk persediaan adik ummar.so aku janji dgn en hubby yg aku nak wat nasi ayam spesel sempena besday dia..hehe..mintak2la jadi..first attempt nih..



update sket tentang adik ummar yg dah xlama dah sebenarnya ..now dah 32 weeks.In fact, ummar uwais dulu 37 w dah keluar..so this time around bersediala..mana tahu adik nak ikut jejak langkah si abang..tapi nak kuar bila2 pun ummi xkesah sayang..apa-apa pun semoga adik yang sangat2 aktif dlm perut ni sihat sejahtera dan menjadi anak soleh..amin..


Tentang abangnya pula Muhammad Ummar Uwais yang dah masuk 2 tahun 14 september lepas..Alhamdulillah sihat dan semakin bijak ( read as : banyak karenah =p )..
Sekarang ummar mmg boleh dikatakan 80% diuruskan oleh en hubby..mandi pon dengan ayah, tido pon dgn ayah, basuh poo poo pon dgn ayah, pegi skool pon dgn ayah, nak minum susu pon cakap kat ayah....pendek kata hampir semua  la perkara dia buat dgn ayahnya..Lega jugakla rasa masa mula2 en hubby take over anak bujang kami tu..but most of the time, aku rasa jelesh la pulak..apa taknya..perkataan yg asyik keluar kat bibir dia adalah ayah, ayah dan ayah..Paling xboleh lupa masa en hubby pegi kursus hari tu..sehari je pun..so berdua jela kami..Petang balik sekolah tu ok lagi..tapi bila malam je, dia mula xkeruan.duk menangis2 tunjuk2 kat pintu panggil ayah.sbb dia tahu biasanya waktu malam camtu, ayah dia akan sampai rumah.

Yang kelakarnya siap ambil album kahwin kami sbb nak tgk gambar ayahnya.bila tgk jam pukul 9, aku pun ajakla dia masuk tido.dia refuse n still panggil2 ayah..after a while barula mau naik atas katil..aku pon bukak laptop tunjuk gambar2 masa dia baby..yang sedihnya, bila sampai kat gambar en hubby, dia menangis..bila move kat gambar lain, reda la tangisan..pastu bila tgk gambar ayah dia, nangis lagi..bukan meraung mcm mengamuk tu, tapi menangis teresak2 dgn nada yang sedih mcm menahan rindu tu..apalagi, ummi pon 'ter' joint sekaki la..dan gelabah tu xyah cakapla..kalut nak video kol ayah utk pujuk..tp time tu en hubby ada ceramah sampai ke malam..dia juz msg je..setengah jam agaknya dia menangis perlahan dgn sisa esak yg masih ada..dan akhirnya dia tertidur...sedihnya..cerita kat mak aku..n dia citer aku dulu camtula jugak kalu kena tinggal..walopon mak aku tinggal kejap dalam beberapa jam je..sejibikla mcm ummi awak ni ummar!hehe

Eh, terpanjang lak entry..maklumla..2 bulan sekali hapdet..ekeke

Ni gambar2 masa besday ummar dulu..xbuat apa pon..cuma tempah chocolate n bagi goodies bag kat kawan2 dia kat taska n kawan2 aku kat sekolah..2 minggu lepas tu baru beli kek sambut kecil kecilan kat umah mertua..ayah bagi hadiah beskal..ummi plak juz topup sket duit raya utk simpan dlm tabung haji.













Apa-apa pun, semoga anakanda sulung kami Muhammad Ummar Uwais membesar dengan sihat, diberikan akal yang sempurna, diiringi setiap langkahnya dengan keberkatan dan kebaikan, dijauhi mudarat dan dugaan berat yang tidak mampu ditanggung, menjadi anak, abang, cucu, yang soleh  dan yang paling penting, semoga jiwa dan rohnya sentiasa beriman kepada Allah s.w.t..Amiinnn...