Daisypath Anniversary tickers

25 October 2010

Panjang Umurnya..

Salam..

Sunyi sungguh laman aku nie..nak wat camna..
tuan dia yg malas ni jarang2 jenguk..bz la kengkononnya kan..hehe ~cliche..=p
start masuk bln oktober, mmg akan rasa cam pantas je masa berlalu..
pejam celik..tau2 dah nak kena set azam taun baru la sgt..
syllabus taun ni utk bdk2 yg aku ngajar pon dah habes dari bln lepas lagik.
lega perut rasa..fuuh...

sejak cuti raya haritu, tiap2 hari sabtu ada je keje..hoh..penat wey..
terkocoh2 ke sana sini.. mau kurus aku nanti..hehe *mimpi*

15 Oktober lepas besday en hubby.excited aku tunggu dari bulan sept lagik..
mcm2 planning sbnrnya...konon2 nak tempah cupcakes buh edible image arsenal la kat sini..
nak selebret mkn tmpat spesel la n mcm2 lgk..hehe


Last2 aku beli 1 slice cake SR + pretzel Auntie Annes 4 ketui + Pizza Tuna RM 4.79 kat La boheme..
Tu jer..Malam 14 Okt tu 3 beranak dok mkn mengadap sambil bersila..
Wish2 Hepy Besday, wish loving2 bagai then tido..
Sok paginya kul 645pg b drive g skolah aku senyap2 g letak Kad Besday 2 keping ( 1 dari aku, 1 dari Ummar) ngan sekotak hadiah kat atas dashboard kete..

Dalam kul 725 en hubby cayunk kol

Dia:  Syu dah sampai sekolah lum ?
Aku : Dah. Baru pas punch. Dah bertolak syg?
Dia: Blum.baru masuk keta. Ni syu wat seprise kat abg ka?
Aku : Oo..dh tgk la ni..terharu dak? *sambil senyum2 bangga*
Dia : Tu la..mcm terharu jgk..*sambil kesat2 air mata* (teet..yg ni aku tipu!=p)
Aku : Dah baca kad Ummar?dia yg tulis conteng sendiri tau...
Dia : Heee...;) *suara bahagia*
............................................................................................................




Ya Allah ya Tuhan kami..
Lindungilah dan peliharalah suami kesayanganku Mohammad Rifaee bin Ahmad..
Kurniakan kepadanya  kesihatan yang baik,
limpahan rezeki dan nikmat,
hati yang tenang dan tenteram, 
lapangkanla dadanya,
dan berikan hanya yang terbaik buatnya..

Jadikanlah suamiku hamba yang taat kepada Mu,
Sayang dan kasih kepada Mu,
Sayang dan kasih kepada ibubapanya,
Sayang dan kasih kepada ibubapa mertuanya,
Sayang dan kasih kepada isteri dan anak-anaknya..

Amin ya Rabbal alamin...






23 October 2010

Best lagu nie..tenyum...;)



Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
 

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
 

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
 
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
 
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
 
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
 
Ulang Chorus


Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
 
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
 
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
 
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
 
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit



....................................................................................................................................................................




Ummar Renyih..=)
....................................................................................................................................................................

07 October 2010

Buas ker anak ummi ni?

Aiseyman..td pengasuh ummar tibe2 cakap..

"ummar buas sgt la la ni"..huhu..sentap kejap aku dgr intro dia ptg td..buas ni kalo org utara ckp merujuk kepada perlakuan yg xreti duk diam..kalo bahasa positifnya...aktif la...

"pastuh duk tarik rambut Awal je hari ni" 

kecik hati hokey kalo tibe2 dgr org kata kat anak kita camtuh..mule la kpala hotak aku ligat dok pikir alternatif nak hantar ummar kat lain plak..mmgla dia xda ckp xmo jaga ummar dah..tp aku ni yg sentap lebey..

yerla...nada dia ckp tu bunyik cam org putus asa n mengeluh..mcm xlarat sgt dh nak melayan anak bujang aku..mau xresah aku dibuatnya..


huwaaaaaaa..nak nanges aa camnih..
buas sgt ke hero aku nih kat umah dia?
bila duk umah ngan aku ok jek aku rasa..
still in control la..

adoyai..

28 September 2010

Menyusun keluarga

Baru saja mendapatkan majalah Pa & Ma edisi Oktober seminggu lepas.ada satu artikel yg menarik perhatian....... 

HUKUM MERANCANG KELUARGA MENURUT KEPUTUSAN JAWATAN KUASA FATWA KEBANGSAAN.

1. Keputusan Muzakarah Jawatan kuasa Fatwa Kali ke-5 pada 22 November 1973:
Menggalakkan amalan perancangan kepada umum adalah haram tetapi bagi orang perseorangan atas sebab2 yang tertentu adalah diharuskan.

2. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali ke 12 pada 20 Februari 1977:
Merancang keluarga mengandungi  bahagian -

a) memandulkan lelaki atau perempuan adalah haram!
b) mencegah kelahiran atau mengehadkan bilangan anak adalah haram melainkan dengan sebab - sebab yang diharuskan syarak bagi orang2 perseorangan dan...
c) menyusun keluarga daripada segi kesihatan pelajaran dan kebahagiaan dengan cara yang lain daripada dua cara di atas adalah harus..



Ya..MENYUSUN KELUARGA..
itulah istilah yang paling tepat untuk merujuk kepada perancangan keluarga yang diamalkan pada hari ini.

Bagi aku setiap ibubapa berhak untuk memilih untuk menyusun keluarga dari segi kelahiran anak yg pertama atau jarak kelahiran antara anak2 yg seterusnya.

Kaedah perancangan atau penyusunan juga pelbagai.Semuanya atas pilihan masing2. 

Dlu2 pernah gakla aku try makan pil perancang Yasmin selama dua bulan lepas habis pantang bersalin. Pil ni lebih kepada tujuan kosmetik kata doktor aku. Memang ye.Kulit aku jadi gebu gebas  dan jarang ada jerawat sepanjang aku consume pil tu.  

Part yg xbestnya, dua bulan aku jadi senggugut sampai rasa nak demam tiap kali nak dtg peot. padahal dari zaman anak dara sampaila kawen, xpnah aku dapat senggugut ni.

Then after discuss ngan suami aku yg sgt memahami ni, dia bersetuju utk aku menghentikan pengambilan pil dan kami sepakat membawa berkat  memilih utk mengamalkan kaedah semulajadi.

ALHAMDULILLAH dengan izin Nya, sehingga sekarang umur Ummar pon dah menjangkau 1 thn ++, DAN kaedah yg digunakan ternyata berjaya.

Tapi penyakit lain pulak yg dtg. Semenjak dua menjak ni aku jadi rindukan bau dan tangisan newborn baby...jadik angau semacam...emo semacam..Tgk gambo anak2 membe yg baru lahir, bergenang air mata aku..teringat masa lahirkan ummar dulu..Tambah2 tgk hero manja aku yg comel tu dh laju berjalan..rasa mcm dia dh besar enuff utk ada adik n pimpin tgn adiknya.hehe..

Bila aku ajukan bnda ni kat mak aku, dia ckp 'ala..tunggula ummar besar sket..kesian dia kecik lagi'
Lagipon mak aku ckp dia tau mcm mana rasanya ada anak kecik rapat2..hemm..
dilema dilema...

lagi satu sebabnya yg buat aku xsabar nak adik utk ummar ni jgk adalah krn aku nak sempurnakan impian yang aku xberjaya laksanakan utk ummar dulu. utk Fully BF anak aku.

Sebabnya Ummar Uwais kesayangan ummi dia ni hanya sempat menikmati titisan susu umminya selama kurang dari 2 bulan sj...Tp aku xsesal.sungguh aku xsesal.di saat keliling aku sume memperkatakan ttg betapa ruginya tidak menyusui anak2 sendirik. sebab aku tahu Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk hambanya.apa yang terjadi penuh dgn hikmah..YA..PENUH HIKMAH..dan hanya Allah saja yang mengetahui betapa aku pon mahu yg terbaik utk anakku..tapi aku tetap bersyukur yang amat..krn Yg Bestnya..Ummar dapat sepenuhnya susu yg mengandungi kolostrum sebab selama 1 minggu lepas lahir dia menyusu sepenuhnya dariku wp terpaksa ulang alik ke hospital setiap hari. Alhamdulillah.  See..Tuhan Maha Adil kan.Maha pemurah..DIA tetap memberi walaupon mungkin xbanyak dan xlama mcm bayi lain..;) Alhamdulillah lagi sekali...
 
Apa2pon, Breastpump Avent ISIS iQ UNO aku dah bertukar milik buat sementara waktu. Semoga ia terus berjasa untuk kakngah..yay..Caiyok2 to all BF mommies out there..dont giv up..if only that u know,u all are inspiring others! ;)

Oh..apa2 pon xkira..taun depan Insyaallah tetap akan ada Uwais atau Auni junior..heeee ( dengan penuh konpiden buat statement tanpa tanya en hubby =p)

-----------------------------------------------------------------------------------------
Jom layankan piccas di bawah sambil kita perhatikan 
evolusi fizikal bayi yang bernama 
Muhammad Ummar Uwais bin Mohammad Rifaee,
kesayangan hati hamba ini...;)
----------------------------------------------------------------------------------------



Zzasssssssss...!!







































---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
melayan perasaan sambil tgk gambar2 ummar sejak lahir...
agak berbeza bukan? sampaikan ada kwn2 yg bergurau ckp kami tertukar anak..
masa lepas lahir tu kulit gelap lagik..tp gelap2 pon anak ummi dgn ayah jgk..
xkesah pon..
gelap2 berkilat pon comey bangat kami rasa..
kami duk rasa anak kami la paling comey kat dunia skalik time tu sampaila skrg
sayang sangat kat ummar..
jadik anak soleh ya sayang..jadik pembela ummi dan ayah..
pengubat duka lara ummi..
SAYANG UMMAR BUCUK NI.. ;)))
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

19 September 2010






salam..


Boringnya lahai sok dh nak keja balik. Cam besa, malasnya nak gsok baju..Si bujang Ummar dah tido. Nak tido pon jenuh wat aksi superman ultraman bagai. Habes dipanjatnya bdn ummi yg tembun ni n meniarap tido. tp menerap terbalik. kaki dia  tala kat muka ummi. ish2..xbaik tau anak ummi..tp wat ummi tersenyum gak la geli hati tgk telatah hero kecik ni.

Makin aktif dia skang.asyik nak berjalan.siap dh pandai wat u-turn masa bertatih tu. Tapi rini ummi perasan  ummar mcm xda mood.asyik merengek ja...maybe dia boring kot..yela b4 tis ayik meriah dikelilingi atok nenek pakcik makcik sepupu sepapat..mai ari ni..sunyi ja rumah..2pon naseb ada gak bwk dia g pasar pagi td. Yg kelakar kami tolak stroller kat pasar ikan tu. Yela org kan penuh bangat td.nak lalu pon susah.  nak wat camna. nak berdukung ummar payah sketla.ngan nak bawak ikan, sayur lagi..terpaksa la guna stroller.tp guna buggy jala.kecik sket.

We all pon wat muka selenga ja bila org usha pelik. minta maaf ya semua..kami pon nak cari brg jugak.
Hasil tangkapan pasar tu berjaya la bawak balik 3 ekor ketam, 5 ekor ikan selar kuning, 1 batang terung, 1 slice besar ikan pari..En hubby request suh buat terung salai, ikan pari goreng dgn ketam goreng sambal.

Tp aku masak ketam goreng sambal jek. sbb lunch we all mkn spagetti lebihan semalam. siap masak ketam pon dah pukul 4 ptg. tp bercinta gakla nak siang ketam td. maklumla 1st time masak menu ketam wp ketam ni our peberet.last2 tepon ma aku tnya camna. ropa2nya senang ajek.hehe. pasni leh wat lagik.

bleh tahan besa gak.3 ekor = 1 kg

teknik menyiang ketam =D


Encik - encik ketam sebelum kejadian

Cak! intai sket..

Walla..dah siap!

Okehs..itu sajork utk entri kali ni..hehe.ngantoks..dadaaaaaaaaa.................

14 September 2010

Panjang umurnya..





Selamat Hari Lahir Muhammad Ummar Uwais.
Dah setahun anak ummi ni,,bertatih pon dh makin cekap..
Ummi tgk makin aktif pulak dia sekarang ni..`

Kronologi  dan tarikh2 penting sebelum kelahiran Ummar....

06 12 2008 - Tarikh ummi dan ayah diijabkabulkan.

13 12 2008 - Kenduri kahwin di Kepala batas Pulalu Pinang belah family 
                     Ummi hari Sabtu

26 12 2008 - First day LMP

28 12 2008 - Kenduri sebelah ayah di Gunung Keriang, Kedah hari Ahad,

05 01 2009 - Ummi pulang utk kembali bertugas di Kuala Lipis.Ayah di P Pinang. 
                     berpisah sementara =(

30 01 2009 - beli UPT dan check di rumah . POSITIVE! 

07 02 2009 - re- confirm di Klinik Mega,Bangi bersama ayah. Now @ 6 weeks +. 
                     Berat ummi : 51.4 kg.
                     EDD : 03 10 2009

17 04 2009 - BTN di Hotel Seri Malaysia Marang Terengganu selama 2 minggu
                     Ummar dalam kandungan @ 18 minggu

End of July 2009 - Nenda Ummi yang paling dikasihi, terlalu disayangi 
                              kembali ke rahmatullah di Kelantan.    
                              xsempat jumpa ummar. Tetapi sempat masakkan 
                              gulai ketam masa ummi mengandung bila  
   '                          ummi cakap teringin nak makan. =) now @ 31 weeks

11 09 2009 - Ummi mula bercuti dan tiba di Bertam, Kepala Batas 
                   umah mama Ummar. Awal 3 minggu          
                   sebelum  due date. dapat 2 minggu cuti bersalin awal. 
                   seminggu lagi cuti sempena hari raya.
                   Risau kalau2 terberanak kat Kuala Lipis seorang diri 
                   tanpa ayah dan keluarga. Sbb the possibility is there. 
                   Nurse gtau yang baby dah engaged.  Sering usap perut  
                   sambil  berdoa minta Allah murahkan rezeki bagi 
                   ummi sempat bersalin di Sungai Petani. now @ 37 weeks. 
                   berat ummi : 70 kg!! 

12 09 2009 - Beramai2 ke Queensbay mall penang. Ayah nak cari baju raya. 
                     Tido malam tu dah rasa xselesa.sakit dan ngilu sket2.

13 09 2009 - sakit mula rasa.tapi xsangka contraction sebenar dah mula, 
                     sedang tgk melodi, terasa nak ke toilet.
                     Dah ada turun tanda. Buat2 kool dan gtau ayah.
                     Mula bergerak ke hospital. sempat singgah parkson.
                     ayah nak beli set bersalin Leesa Formula  kat        
                     booth dalam parkson. Ayah masuk kereta, 
                     tanya ayah pasaipa org jual xbagi paper bag Leesa? 
                     Ummi mengomel :Dah beli mahal2 xda paper bag pula. 
                     ayah pon masuk balik utk mintak paper bag.haha
                     4 petang sampai hospital. cek bukaan : Doktor Mathew gynae
                     ummi bercuti.
                     So Doktor Bala ganti.Katanya baru   
                     hujung jari..uwaaa..sakit macam ni baru ujung jari??!
                     

                    Balik rumah. Tido kat Sungai petani lak. petang tu makan 
                    betik 1 biji.sbb payah nak poo  poo.
                    malam tu  ayah dapat emergency kol. 
                    ada flash over kat PMU TNB Bukit Mertajam. huhu. 
                    ummi tido sorang. sepanjang malam tahan sakit. rasa mcm nak    
                    buang air besar tapi takut nak teran.kang Ummar lak yg kuar.hehe. 
                    ummi rekod selang masa contraction.   
                    ada selang 6 minit, ada 5 minit. 5 am barulah ayah pulang.               
                    bersahur dan sambung tido.ayah blum tido spjg malam

14 09 2010 - 11 am sampai hospital. doc tgh attend pesakit. 
                     tunggu sampai pukul 01 pm nurse cek bukaan,   
                     dah 5 cm. masa ni setiap kali contraction menyerang,
                     mmg rasa nak menonggeng. ayah dan  
                     tokma duk urut2 ummi. 
                     masa ni muntah2 tiap kali makanan or minuman masuk.

                   Gtau kat nurse nak amek epidural.xtahan saket.huhu.
                   terus tolak gi labor room. pakar bius datang cucuk kat            
                   tulang belakang  bahagian lumbar. rasa sejuk2.
                   then xrasa sakit apa dah. pastu ummi tido   
                   nyenyak. dalam labor room   
                   tokma dgn ayah masuk dgn ummi.
                   tok ayah lak keja.tp sempat sampai.
                   maktok ngan tokwan otw datang dari alor setar.

                   pastu nurse gerak suruh push supaya 
                   kepala ummar kuar rapat dgn vagina.
                   dia cakap kena bagi sampai nampak 
                   kepala ummar saiz duit syiling 50 sen.
                   time ni dah 9 cm. byk kali jugak ummi push.   
                   bila dah berjaya, nurse kol doktor mathew.
                   Doc dtg, gunting perineum sket dan 
                   proses meneran yg sebenar pon   
                   dilakukan.hehe. dan dengan limpah kurnia serta 
                   kasih sayang daripada Yang Maha Esa,
                   tanggal 14 September 2009 bertempat 
                   di Hospital Pakar Metro Sg Petani, tepat 5.39 pm 
               bersaksikan air mata gembira ummi dan ayah..maka  
                   lahirlah cahayamata  sulung kebanggaan  
                   hasil benih kecintaan kami yang dinamakan.......


               Muhammad Ummar Uwais bin Muhammad Rifaee        
               
               Yang bermaksud pemberian yang membawa kemakmuran..
                    


  
 pic permata hati ummi beberapa minit selepas dilahirkan


                                          

                                                   








close-up wajah Ummar permata hati ayah


chenta hati ummi dan ayah







Selamat hari lahir sayang..Semoga hari2 ummar yang mendatang sentiasa 
diberkati dan diredhai Allah s.w.t. Ummi dan ayah dan adik2 sentiasa akan 
bersama Ummar Uwais k xkirala semasa Ummar diatas mahupon dibawh.tika 
senang dan tika susah.tika gembira dan tika sedih..Doa dari ummi dan ayah 
agar seribu satu kebaikan sentiasa mengiringi langkahmu dan seribu satu 
keburukan akan menjauhimu nakk.amiin..


                              Ikhlas daripada ummi dan ayah =)