Daisypath Anniversary tickers

17 April 2011

Emm..

Kalau ikutkan kiraan sendiri, kandungan sekarang dah masuk 6 minggu. Tapi setakat ni mmg xada alahan langsung. Dulu masa pregnantkan Ummar ada jugak rasa mabuk sikit2. Cuma xmahu dilayankan sangat masa tu sbb tinggal berjauhan dari family n hubby. Especially masa nak berus gigi pagi2..mmg rasa nak termuntah je. Itu yang buat aku pelik sikit kali ni.

 Langsung tiada. Bukannya aku mintak. Sebenarnya sangat bersyukur.. Cuma felik sedikit. Mmg takda gaya org mengandung kata suami.  Cuma cepat rasa penat dan letih . Setiap kandungan tak sama, itu yang aku selalu dgr daripada ibu2 yang dah ada ramai anak. Setakat ini, itulah penjelasan yang paling boleh diterima.

Cuma kerisauan tu ada jugala rasa kadang2..Tambah2 aku lum g check kat klinik. Tapi sana sini aku dah bagitau yang aku pregnant Cuma periksa sendiri di rumah saja. Hubby pesan tunggu dia balik kursus baru pg check sama2. Insyaallah semoga tiada apa2 dan bayi sihat-sihat saja :)
  
Inila dia kerja dua beranak semasa ketiadaan ayah..

Bestfriend ummi ni
Bergambar solo


Aksi xmenahan.mahu menerkam!


12 April 2011

hCG Test


~pic googled.


Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah,Tuhan yang memberi rezeki...

Semoga dipermudahkan segalanya..Amin

#hCG test done 7.30 pm 11 April 2011

03 April 2011

Accident 2011

Asyik terbengkalai niat nak menghapdet blog ni sbb bila nak hapdet, trus teringat yang gambar2 ada dalam hp en hubby. Lagipula berblogwalking adalah lebih besh daripada menaip entri..xperlu memerah otak menulis blog.haha

Gambar2 kat bawah ni diambil selepas kejadian ngeri yang berlaku. Watak-watak yang terlibat adalah aku selaku driver kete, muhammad ummar uwais selaku peneman driver dan adik manis yang baru balik dari keje kilang selaku pemandu motor. 

Tepat 3.20 petang hari Rabu masa minggu cuti sekolah yang lalu, aku dengan berkobar-kobar bertolak daripada Sungai Ara dengan niat murni nak berjumpa ayahanda,bonda serta adik beradik di Sungai Petani dengan izin suami.
En. hubby adalah bekerja pada hari kejadian maka tidak dapat menghantar isteri tercinta pulang ke kampung.
Dek kerana terlalu sayangkan anak, en hubby memberikan aku kunci kereta miliknya supaya anakanda kurang terkena panas bahang matahari memandangkan perjalanan pulang ke Sungai Petani  kerana cermin kerata viosnya ada tinted manakala myvi milikku tidak bertinted.

Perjalanan merentasi jambatan Pulau Pinang berlangsung dengan lancar..
Tetapi bila saja masuk jalan di Seberang Jaya, Muhammad Ummar Uwais mula merengek2 mahu tidur..Pada kebiasaannya, Ummar Uwais akan menerpa manja kerana mahu tidur di ribaan umminya..Dan itulah juga yang cuba beliau lakukan semasa di dalam kereta.
Maka, kerana tiada pilihan, aku pun memberi signal ke kiri dan berhenti di bahu jalan.. Setelah kereta selamat berhenti, aku pasang lampu kecemasan dan bersedia menidurkan Ummar.
Tak sampai 5 minit setelah disumbatkan susu, beliau telah tidur dan aku letakkan si kecil itu di tepi seat pemandu dan merendahkan seat agar permata hati, intan payung ummi akan tidur dengan selesa.

Kemudian aku pun ingin meneruskan perjalanan. Belum sempat aku memadamkan lampu kecemasan dan memberi signal ke kanan, tiba2 terasa hentaman kuat dari belakang. Kebaboww !!!

Remuk teruk bonet ngan bumper belakang

Adik motor tu siap tersepit antara motor ngan bonet lagi

Motor tu pun teruk gak. Tayar siap terpulas pulas

Retak sejuta

Kalo xda tint, mmg dah berderai2 kena kami

Dibawa pergi


hanya mampu memandang

Semakin jauh

Sayu rasa hati

Nasibla anakanda ummar xada apa2.cuma nangis2 menjerit takut..Harap xtrauma naik keta ngan ummi

Apala cik abang terkumat kamit ni..

Latest picture..baru beberapa hari lepas en hubby snap masa g tengok kat bengkel

Apa-apapun, alhamdulillah kami berdua selamat..cuma budak ponpuan bwk motor tu la kesian..Siap xleh jalan lepas tu..kena angkut bawak pi hospital lepas tu..Hidung ngan mulut siap berdarah..Menitik2..Ngeri betul tengok..

Keta masuk bengkel. Claim insuran sendiri je la.NCV pun hilang le pasni..
So skrg keta ada satu je, bleh feeling manja2 ngan hubby sbb dia hantar pegi keje dan datang ambik.
First time dia hantar g sekolah seronok jugak. Berbual2 ngan dia. Tambah dia jenis suka buat lawak.

Ada sekali tu dia pekena isteri dia ni. Sebab masa tu aku dah membebel bebel sebab lambat.
Tapi dia buat kool je..Sambil2 nyanyi dlm keta tiba2 selamba dia minta tolong aku tekan butang kat bawah dashboard..

Ingatkan apa..aku yang blur ni pun duk gagau la cari butang tu..Cakapla kat dia "Mana ni..xda pun bang". Dia kata" Carila betul2.kat dalam2 sikit kot".Dekat 2,3 minit duk cari butang tu.. Menggagau gagau sampai terbongkok2 badan..

Last2 tanya dia butang apa yang dia suh aku tekan tu. Punya geram bila dia cakap butang nak bagi keta terbang biar cepat sket sampai sekolah.huh..Terbahak2 dia gelakkan aku..








03 March 2011

LIVE update dari Klinik

Ohho..Sekarang aku ada kat klinik relau..sampai dari 8.30pagi lagi..
Tapi doktornya xmuncul2 pon.Tadi orang kat kaunter kata dalam pukul 10 lebih plak sampai..
TENSI okey..Tapi nak wat camna, ni saja klinik panel yang ada dekat ngan umah aku..

Semalam duk menaip keje ( banyak tau) sambil berfikir2..xperasan..dah pukul 4.17 pagi,terus masuk tido..
Pastuh apalagi, pagi ni merengek gtau hubby nak amik MC..pening kepala + sakit2 badan..pastu dapatla 'kuliah subuh' daripada beliau sekejap..hehe **padan muka aku cari penyakit sendiri..Tapi bagi chance la bang, ni baru MC  pertama i utk taun nie tau..**


Hari ni ada 2 kelas dengan budak F3..kecian dorang..dahla tgh excited nak belajar topik Reproduction.hehe..macam2 nak ditanyanya..nasibla xrasa segan sgt sbb dah start ajar dorg sejak taun lepas lagik..Tapi time topik Female Reproduction System dengan Characteristics when female reach puberty, aku duduk je time ngajar..xkuasa nak jadik model kat depan..hehe

Ok,berbalik pada kondisi kesihatan aku,aku perasan yang
sekarang ni memang selalu pening kepala la..cepat rasa nak pitam.
Bau yang pelik2 sket pon trus kepala pusing..dahla period lambat 5 hari sudaa..oh..adakah perlu membeli kayu ajaib~ bak kata makcik mawar =p???jeng jeng jeng..

huh..dah nak abis aku taip, doktor lum nampak muka lagi..
Bilala dia nak datang..hmmm



p/s: sekarang ni dalam proses memujuk hubby untuk memulakan langkah untuk sambung belajar balik..semoga dia restu..amiiinnn

01 March 2011

Rumah



Bayaran tempahan dah dibuat. Insyaallah 2013 akan siap, lebih kurang dalam 2 tahun lagi..Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. : )

13 February 2011

UpDATE 16months++ n some stories behind it ;)

Muhammad Ummar in his school uniform ;)


Actually lagi sehari dua dah nak jadi 17 bulan..nie update ttg anak bujang saya.Secara peribadi saya merasakan sejak Ummar g skool ni tgk ada byk perkembangan dia..Mungkin sbb di sekolah dia bergaul dgn budak2 besar..dia yg paling kecik kat situ..yang paling muda selepas dia umur 2 tahun..then yg lain2 suma 3 taun lebih..budak 5.6 tahun pon ada..dan selalunya dorg ni bergaul sekali..

means xda partition2 cth mcm,ni ruang utk bdk kecik, ni ruang utk bdk besar..xda..depa duk skali..blaja skali, makan skali n main skali..cuma tido je asing..ummar ngan bdk umur 2 tahun tu akan tido kat tingkat bwh..budak2 besar kena tido kat atas..Sebenarnya dorg xambik budak yg bawah 2 tahun, tapi dh saya yg sungguh2 nak jugak masukkan dia...
tapi Ummar xda formal punya lesson lagi..3 tahun ke atas baru ada modul n sebagainya..

Selepas duk situ ummar dah boleh panggil cikgu atau teacher..bunyinya agak jelas,bukan bunyi ujung saja..dia akan cakap "tea-chaar"..saya baru perasan this week sebenarnya..Kesnya bila dia panjat meja kopi, saya buat2 cakap " Cikguuuu..tgk ummar ni.."..pastu dia asyik cakap teacher2..mula2 saya xyakin lagi..sbb ingat mungkin dia juz randomly cakap apa2..saya tryla ulang..n..confirm..setiap kali saya sebut cikgu, dia akan balas dgn teacher...Tapi bila dirisik2 dgn cikgu dia semalam, rupanya dari minggu pertama lagi ummar dh stat panggil cikgu dan juga teacher..

Saya nak berkongsi satu cerita..ya..ttg khilaf saya sbg seorang ibu..
Lepas 1,2 minggu hantar ummar ke sekolah dia, ada sekali tu jumpa dgn cikgu dia yg juga pemilik Tadika Nuur mutiara tu..
Pastu cikgu ummar tanya saya "ummar ni mmg boleh cakap dah ka?"..
Saya pun cakapla yg dia belum pandai cakap..yg saya tahu dia boleh sebut nak dan mama..itu sahaja..
Pastu cikgu cakap dgr ummar 'bercakap' semasa berada di situ.siap dia akan panggil ayah pada suami cikgu itu tadi..Pelik..sbb di rumah, ayahnya sendiri pon dia belum pernah panggil..except masa dia menangis..adala dgr sebutir dua bunyi semacam..."mmiiii...ayahhhh..."..
Then, saya respon dgn penuh konpiden kepada cikgu ummar dgn berkata.."oh, tak..dia mmg blum bleh cakap lagi..adala bunyi2 dari mulut kecil dia tp exact word tu saya mmg xda dgr lagi"(harusla konpiden.ai kan mak dia..konon2 mcm.. i know my son better..hnsf..hnsf..)

Ok.tu kes pertama.

Kes kedua pula berlaku dlm seminggu dua selepas kes di atas..
Semasa perbualan dgn cikgu yg sama,dia memberitahu saya bahawa ada pelajar umur 4 tahun sudah boleh membaca dgn lancar..
Saya mendengar sajala..
Tiba2 cikgu tu menambah..."Ummar ni pon saya tgk 'cepat' dia belajar..jenis yang "cepat" ni puan.."
Ada riak yakin pada wajah beliau..
Terkaget sekejap saya..kemudian laju ja mulut saya menjawab..
"ye ke cikgu..saya ni agak risau dgn dia sebenarnya..err..kdg2 nampak mcm blur je" ( sebenarnya jarang2 saya mengeluarkan ayat persis begini..kerana tahu kata2 itu mungkin menjadi doa..jadi kerisauan itu hanya terpendam dalam hati sejak sekian lama)
..kemudian perbualan terhenti di situ..

Dalam kereta, saya berfikir panjang tentang perbualan tadi..
saya rasa saangat teruk..Serasa seperti bukan seorang ibu yang baik..
Bagaimana boleh org luar,yg baru mngenali anak saya xsampai sebulan boleh melihat potensi dalam dirinya dan berkatayang baik (positif )sedangkan saya sebagai ibunya, yang telah bersamanya bertahun ( plus masa dlm perut ) berkata yg sebaliknya?
Oh..saya sungguh insaf dan sedih setiap kali teringat kejadian ini..juga malu dgn diri sendiri..
Ternyata saya belum cukup mengenali anak sendiri..
Belum cukup mengenali anak sendiri bagi saya masih boleh dimaafkan..kerana mungkin disebabkan masa yang lebih banyak diluangkan ummar di sekolah berbanding di rumah..
Tetapi untuk bahagian tidak yakin dengan kebolehan dan potensi darah daging sendiri pula bagaimana?
Adakah masih boleh dimaafkan? oh..saya rasa telah melakukan kesalahanjenayah yang besar..


Terbaru, semasa saya mendudukkan ummar di riba semasa mengaji,pertama kali dia mendengar sambil jari2 tunjuk pada ayat2 al-Quran dan berulangkali sebut '..ba..ta..ba..ta..ba..ta'
Subhanallah..rasa nak menangis..sungguh!

Betul la kata org..setiap anak adalah berbeza dan setiapnya ada pencapaian dan perkembangan tersendiri..Oleh itu, kita perlu menghargai setiap perkembangan dan pencapaian mereka..

................................................................................................................................................................


Tetapi, keseluruhan bahagian di atas buat saya sangat-sangat bersyukur..
saya bersyukur disedarkanterhantuk sekarang.. bukan esok..tidak lusa..
Saya harus sentiasa ingat bahawa saya adalah pemegang amanah daripada Nya..

'Ya Allah, berkati dan iringilah niatku dengan keberkatan dan rahmat dari Mu'


Sila layan video dari Ummar..
Cubaan mengira 1, 2, 3..A, B, C..Alif Ba Ta...
psstt..abaikan keadaan sekitar yang saujana pemandangan itu ya..hehe..

02 February 2011

Janji Tinggal janji..

Sempena CNY ni, skolah aku coti seminggu..apalagi...seronot tak terkata la..=p

Sabtu sampai Isnin tu kami sekeluarga pulang ke Alor Setar..Excited je ummar balik kampung...
Tambah2, ada habuan utk dia..dapat basikal tokwan ngan maktok beli..
Alkisahnya ummi dgn ayah mmg berhajat nak belikan utk ummar pon.
Masa survey2 kat Tesco sajala bagi ummar try duduk atas beskal@moto@keta mainan yg ada.
dahtu bila nak dokong dia letak dalam trolley, trus mengamuk n nanges2..punyala kuat.sora dia je duk dgr kat tesco tu.hehe

Last2 ktorg keluarkan dia dari trolley n bagi dia jalan..trus dia berlari n pegi cari lorong yang ada beskal tu sume..
Kesian anak ummi ni..nak beskal yer..
Mmg rezeki awakla Ummar..Xsempat ummi nak beli, tokwan dah belikan dulu..

TQ TOKWAN & MAKTOK..MUAHss Dari UMMAR..heee~

Isnin malam kul 12 kami sampai ke rumah kat Penang nih..
Arini Rabu ayah ummar keje..
Ummar pon ada kat skool dia..
Tadi masa ayah anta ummar, teacher ummar tanya..
Eh, nape Ummar g skool lak? Bukan umminya coti ke?
Kuang kuang kuang~

Asalnya smlm janji ngan ayah ummar nak g market beli ikan, ayam segala.. berazam xmau makan luar dh minggu ni..yo yo o la..
Pastu nak kemas rumah n mop2 lantai..
Tu yang anta ummar g skool tuh..

tapi skrg dah pukul 9.30 pagi, market pon xpegi lagi..
Put the blame on this Laptop n internet ya..hehe
Kalo dah start bukak komp, inila jadinya..
Berblogwalking la..Facebooking la..


So utk mengelakkan "JANJI TINGGAL JANJI" .. xmo, xmo...saya xnak cik abang saya kecewa n kecik ati
i better go now..:)

nah..tempek sekeping gamba hero bujang yang mengamuk sakan nak beskal dengan Firas Hakimi yang dah sihat sejahtera..Alhamdulillah..Gambar ni masa we all gi melawat Firas ngan ibunya kat umah dorang di Bandar Tasik Kesuma,Semenyih..


Eh..eh..ummar nak g mana tu?


p/s : sangat ketandusan gambar2 yg latest skrg ni..kamera xbercharge lagi sejak trip pangkor dulu..Charger lak dlm keta..asyik terlupa bawak naek..haiiilaaaaaaa...