12 June 2011

Wakenabeb

Sebelum tidur malam tu, aku belum solat  Isyak..
sangat tak larat rasa..pastu pesan kat En. hubby suh gerak aku solat kalu dia terjaga pagi nanti.
aku pon zzzz ..

Tiba2, terasa en hubby goyangkan badan aku suh bangun solat..
aku pon dalam mamai2 tanya dia dah pukul berapa..
dia kata dah pukul 5.30..terkejut sangat aku dengar..
en. hubby siap cakap takut x sempat solat sebab subuh dah nak masuk dan dia nak tido kejap sementara tunggu subuh tiba..

Biar betik en. hubby ni....
sbb rasa macam..eh kejapnya dah pukul 5.30..
macam baru je tido..
Terus aku capai hp aku dan tgk..
Mmg pukul 5.30 pagi
en. hubby sempat lagi pesan minta gerakkan dia subuh pukul 6 nanti sbb dia takut terlajak tido..

Aku pon bergegasla ambil wuduk..
Xlama lagi dah nak masuk subuh..
Cepat2 solat..
lepas solat, aku tertido pulak kat atas sejadah..
kejap2 aku selak kain langsir nak tgk dah nak cerah ke..
apsal xdgr org mengaji pon..
Biasanya dekat2 nak subuh, mmg dgr suara mengaji dari masjid kat rumah ni..
Xpela..sambung tido lagi..
tp tido xberapa nyenyak la..atas sejadah la katakan..
dgn nak kekalkan posisi lagi takut batal wuduk..

tido punya tido..aku rasa lambatnya subuh nak masuk..tak azan2 pon..
pastu semakin nyenyak la aku..
rasa macam lama gila tido..

tiba2 terdengar suara org bagi kuliah subuh..
eh..dah kuliah subuh la..aku pon kalut2 selak lagi langsir ingatkan dah cerah dah ..
tapi tgk gelap lagi..
xpela..terus aku menuju ke bilik air...xkonfiden wuduk ada lagi sbb rasa lama gila tido..

sambil2 lalu bilik tido en hubby ngan ummar, aku pon gerakla en hubby..
"Abang..abang..bangunla..lewat dah ni.."
Pastu bila dia jaga dia terus tanya..
"pukul berapa dah ni?syu dah solat isyak?"
"tahla..dah dekat pukul 7 kot..dah solat isyak..abang gerak td syu terus bangun "


Pastu masa aku dalam bilik air, tiba2 en hubby jengah bilik air sambil gelak2..
"syu solat pukul berapa?"tanya dia
"pukul 5.30 la..awat?"jawab aku
lagila dia gelak2 besar..
pastu aku terus syak..
"abang tipu syu ek?"

lagilaa dia gelak xbleh berenti..
haa..ni mmg sah dia kenakan aku..
"oo..ni mesti abang yg set jam hp syu pukul 5.30 ya..sbnrnya pukul berapa..baik abang cakap.."
gelak2 lagi.."pukul 12 .45.." HARHARHAR..lebih kurang camnila gaya gelak dia..kurang asam tul..

"sampai ati abang..patutla syu duk tunggu subuh xmasuk2 pon..sakit badan syu tido atas sejadah tau dak..huhuhu..sampai hati abang buat ibu mengandung macam ni"

gelak dia makin surut.." tapi abang berniat baik..nak bagi syu solat isyak awai.."

hoh..yela tue..6 jam tau dak terbongkang atas sejadah tunggu subuh yang tak kunjung tiba..

Kecik Ati!

p/s : kebetulan jam dinding lak mati.bateri habis..jam kat astro lak en hubby siap2 tekan ada channel..so masa aku tgk yg appear hanyalah P103..huh..semua dia dah rancangkan dengan teliti..taktikal betul..




12 comments:

Faiz said...

giler kejammm siottttt!!! hahahaha..

♥MAMASYAZA♥ said...

nak tergelak pun ada, kesian pun ada, takpelah sekali skala hero nak bergurau tu

UmmiUmmar said...

faiz : Kijam..MEMANG!! huh

Mamasyaza : syu bila ingat2 balik pon mmg boleh tergelak tau..:)

LIP (^_^) said...

Syu pegnen dh bp bln?tp memg lawak la entry ni.pandai ur hubby buat trick..

UmmiUmmar said...

Lip : baru 14 minggu...hehe....hubby mmg mcm tu..kuat mengusik..

Din said...

Kehkehkeh.. Pae.. pae.. kirim salam kat dia na :)

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

hye..ari tu jumpa kat Giant lupe la nak snap2 pic...kita dah dok kalut cari barang...next time kita datang penang leh la jumpa ek...

UmmiUmmar said...

Din : Insyaallah k ;)

Anje : aahla..pas jumpa tu,syu pon ada ckp kat hubby yg apsal la td xteringat nak amik gambo..hehe

Hazard Ali said...

Ok, dengan rasminya aku tak ngaku Incik Hubby hang tu sebagai Ketua Dorm aku. Gila kejam!

UmmiUmmar said...

Jojoe : hoho..thanx kerana memahami perasaan mangsa kekijaman..=p

whiteapple said...

kesian kawan aku nie, paie oh paie.

Imaan09 said...

hahaha..tegolek gelak aku