Daisypath Anniversary tickers

03 April 2011

Accident 2011

Asyik terbengkalai niat nak menghapdet blog ni sbb bila nak hapdet, trus teringat yang gambar2 ada dalam hp en hubby. Lagipula berblogwalking adalah lebih besh daripada menaip entri..xperlu memerah otak menulis blog.haha

Gambar2 kat bawah ni diambil selepas kejadian ngeri yang berlaku. Watak-watak yang terlibat adalah aku selaku driver kete, muhammad ummar uwais selaku peneman driver dan adik manis yang baru balik dari keje kilang selaku pemandu motor. 

Tepat 3.20 petang hari Rabu masa minggu cuti sekolah yang lalu, aku dengan berkobar-kobar bertolak daripada Sungai Ara dengan niat murni nak berjumpa ayahanda,bonda serta adik beradik di Sungai Petani dengan izin suami.
En. hubby adalah bekerja pada hari kejadian maka tidak dapat menghantar isteri tercinta pulang ke kampung.
Dek kerana terlalu sayangkan anak, en hubby memberikan aku kunci kereta miliknya supaya anakanda kurang terkena panas bahang matahari memandangkan perjalanan pulang ke Sungai Petani  kerana cermin kerata viosnya ada tinted manakala myvi milikku tidak bertinted.

Perjalanan merentasi jambatan Pulau Pinang berlangsung dengan lancar..
Tetapi bila saja masuk jalan di Seberang Jaya, Muhammad Ummar Uwais mula merengek2 mahu tidur..Pada kebiasaannya, Ummar Uwais akan menerpa manja kerana mahu tidur di ribaan umminya..Dan itulah juga yang cuba beliau lakukan semasa di dalam kereta.
Maka, kerana tiada pilihan, aku pun memberi signal ke kiri dan berhenti di bahu jalan.. Setelah kereta selamat berhenti, aku pasang lampu kecemasan dan bersedia menidurkan Ummar.
Tak sampai 5 minit setelah disumbatkan susu, beliau telah tidur dan aku letakkan si kecil itu di tepi seat pemandu dan merendahkan seat agar permata hati, intan payung ummi akan tidur dengan selesa.

Kemudian aku pun ingin meneruskan perjalanan. Belum sempat aku memadamkan lampu kecemasan dan memberi signal ke kanan, tiba2 terasa hentaman kuat dari belakang. Kebaboww !!!

Remuk teruk bonet ngan bumper belakang

Adik motor tu siap tersepit antara motor ngan bonet lagi

Motor tu pun teruk gak. Tayar siap terpulas pulas

Retak sejuta

Kalo xda tint, mmg dah berderai2 kena kami

Dibawa pergi


hanya mampu memandang

Semakin jauh

Sayu rasa hati

Nasibla anakanda ummar xada apa2.cuma nangis2 menjerit takut..Harap xtrauma naik keta ngan ummi

Apala cik abang terkumat kamit ni..

Latest picture..baru beberapa hari lepas en hubby snap masa g tengok kat bengkel

Apa-apapun, alhamdulillah kami berdua selamat..cuma budak ponpuan bwk motor tu la kesian..Siap xleh jalan lepas tu..kena angkut bawak pi hospital lepas tu..Hidung ngan mulut siap berdarah..Menitik2..Ngeri betul tengok..

Keta masuk bengkel. Claim insuran sendiri je la.NCV pun hilang le pasni..
So skrg keta ada satu je, bleh feeling manja2 ngan hubby sbb dia hantar pegi keje dan datang ambik.
First time dia hantar g sekolah seronok jugak. Berbual2 ngan dia. Tambah dia jenis suka buat lawak.

Ada sekali tu dia pekena isteri dia ni. Sebab masa tu aku dah membebel bebel sebab lambat.
Tapi dia buat kool je..Sambil2 nyanyi dlm keta tiba2 selamba dia minta tolong aku tekan butang kat bawah dashboard..

Ingatkan apa..aku yang blur ni pun duk gagau la cari butang tu..Cakapla kat dia "Mana ni..xda pun bang". Dia kata" Carila betul2.kat dalam2 sikit kot".Dekat 2,3 minit duk cari butang tu.. Menggagau gagau sampai terbongkok2 badan..

Last2 tanya dia butang apa yang dia suh aku tekan tu. Punya geram bila dia cakap butang nak bagi keta terbang biar cepat sket sampai sekolah.huh..Terbahak2 dia gelakkan aku..








6 comments:

syuk said...

gila remuk jugak noh. nasib ummar tak da papa.

whiteapple said...

syu, naseb baek korg dua anak beranak xda apa2, selamat.Alhamdulillah.

Fatima Saiful said...

hish...kalo aku,mesti da nanges2 tepon hubby ape yg terjadi.uwaaa!!!!berdebar2 bace...cane adik manis tuh leh terbabas langgar syue??ape2 pon, alhamdulillah ummar+syue slmat.takperla kete remuk sket..bley claim insuran. kalo jadi pape kat korang berdua??nk claim sape??huhuh...nway,part tekan butang terbang takleh blah!hahahah....mesti syue spnjg ari keje ritu tersenyum2 je...:D

Jojoe Ali said...

Tak sangka Ketua Dorm aku ni lawak jugak orangnya (or at least ada jugak yang nak gelak dengaq lawak dia).. Hahaha peace bro.

Sampai berkecai tuh. Seb baek takdak pa noo. Kemsalam lah kat bapak ngan anak skali.

;)

UmmiUmmarMuaz said...

Syuk..Mujur Ummar dan Ummi xda papa..hehe

Nuris...Ya..Alhamdulillah sangat..

Take..Sebenarnya adik manis ikut belakang lori rapat sgt pastu bila dia nak overtake lori ikut lane kecemasan, dia xnampak keta aku.2 yg langgar..cuak gila dengar dia merengek sambil tersepit tu.."Sakiiitt..Sakiiiiitttt.."..Lagi kuatla Ummar nangis bila tgk dia..2la..aku syukur gak ummar xda papa..Cuma dia xmo kuar langsung dari keta lepas tu..duk ngeri teringat adik manis tu kot..haha..part tekan butang mmg aku geram sgt rasa masa tu..Siap lepaskan tumbukan padu ala2 manja kat lengan dia pastu..Tindakan refleks..heheh..eh..apsal panjang sgt aku reply ni..dah macam leh wat entry baru plak..hehe

Jojoe...Wah..org Astro singgah page i la..Ni yg bangga ni..hehe..wat poyo skejap..

Jojoe Ali said...

Cheit. Haha.