Daisypath Anniversary tickers

30 April 2012

Selsema



Dengan mbah depa

Setiap kali musim hujan, mmg Muhammad Ummar akan selsema. Kalau dulu, dia seorang ja la yg selsema. Tp sekarang kejap je dh jangkit kat Muhammad Muaz. Asyik ciom adik je dgn hingus meleleh2, lagila cpt virus selsema disebarkan..

Kesian si kecik ni. Bukan takat selsema, dapat demam sekali. Tapi comel plak bila tgk dia demam. sbb jadi manja semacam. merengek2 manja. Geram rasa nak gigit ja. 

Pic pagi semalam. Kena peluk baru tido. Rasa lemah badan kot. Suhu  37.8. Mujur ada ayah.
Kemudian, pagi2 8.30 tu terus pegi hospital. Nak bawak adik Mukmin dan ambil ubat utk abg Uwais jugak.
Behave sangat masa buat benda alah ni. Good boy Abang Uwais!


Sekali doktor cakap adik demam sikit je. Tapi abg agak serius. Bunyi mcm adaa banyak kahak. Mmg ada history asma pun. Tapi aktif macam biasa jugak alhamdulillah. Makan je xberapa lalu. Buatkan bubur ayam barula nak makan banyak sikit. Yang paling tak menahan, malam semalam masa aku duk nak bersiap nak pump susu, ada budak dtg menyibuk nak pump jugak.
bergegar gambar. ummi tgh gelakkan abang uwais 

isk2..



semoga cepat sembuh ye anakanda berdua. dah sihat, boleh kita ajak ayah pi ayan jalan



19 April 2012

Pada 4 bulan 3 hari

Muaz secara rasmi telah boleh meniarap dengan jayanya pada Selasa lepas pada usia 4 bulan 3 hari.
Seingat ummi, abang Ummar lak pada usia 3 bulan 10 hari..
Adik asyik kena dukung sahaja, sbb tu kurang usaha untuk meniarap..hehe

Semoga sihat sentiasa hendaknya keluargaku..;)



11 April 2012

Bye

Menggelitik rasa nak update blog panjang2..will do nanti, insyaallah..

apa2pun, seronok 1st time dapat 10 0z sekali pam masa drive balik keje ptg semalam.

im a happy mother to an exclusive bf baby and an active, clever toddler.




Alhamdulillah

ok bye ;)

02 January 2012

hari yang ke-20

dah hari yang ke-20..lagi 24 hari..
sungguh tak sabar..nak keluar  berjalan2..hehe
Che Mah yang jaga saya masa awal2 berpantang dah balik..
Rindu pulak dgn rejim penjagaan pantang dgn dia..
berurut 3 hari berturut2,6kali bertungku sehari sepanjang 10 hari dia di sini, hanya makan berlaukkan ikan bakar n sayur sawi@lobak putih..Pendek kata mmg bestla..kalau punya rezeki lagi, Insyaallah anak ketiga nanti nak panggil dia lagi..

Muhammad Muaz Mukmin pula semakin bulat..
Lahir dengan berat 3.7 kg,
hari ke 10 dah 4.1kg, sama mcm berat abgnya masa berusia sebulan.
dan hari ni, hari ke-20 budak bulat dah 4.7kg..
Alhamdulillah sehat..
dan dimurahkan rezeki dapat minum susu umi dari hari pertama dilahirkan..
Alhamdulillah..dapat juga ummi menyusukan anak ummi secara eksklusif..
tidak sukar rupanya bilamana izin Allah ada bersama..
juga berkat sokongan dari en.hubby dan keluarga tersayang..
even Che Mah juga menyokong penyusuan ibu..dan bekalkan saya dengan pil penambah susu badan..
Juga beroleh semangat dari kejayaan  rakan-rakan
semoga rezeki dan nikmat ini berpanjangan.
agar Muhammad Muaz Mukmin boleh menyusu sehingga  2 tahun..amin

28 December 2011

Sebagai kenangan di hari tua ;)

KRONOLOGI kelahiran Muhammad Muaz Mukmin

13/12/2011
6.40 pagi : rasa mild contraction masa solat subuh. n buat solat hajat..minta dipermudahkan semuanya..solat pun dah seminggu terpaksa duduk atas kerusi.xmampu dah nak bangun n duduk. kaki tersangat sakit. boleh dikatakan sepanjang kehamilan sakit kaki yang teramat sgt. Padan muka! bahana xminum susu, xmakan obimin n vitamin2 lain..seriously, berapa biji obimin n calcium je yang masuk ke tekak ni. susu pun minum fresh milk Goodday je.tu pun xkonsisten.adala beli dalam 5,6 botol je..huhu

7.00 pagi : sakit ni masih bleh tahan..10% je daripada sakit masa bukaan 6cm..datang 5,6 minit sekali..suami pun masih boleh pergi kerja dgn gembira..lalala..=p..update Fb, update blog..Ummar still tido..usap2 kepala Ummar..alahai sayunya rasa..pasni kena kongsi kasih sayang dah..xleh manja2 sgt dah..
Jadi Abang Ummar dah kamu kan..! ;)

10.00 pagi: telefon suami cakap "get ready la..rasanya ni sakit nak bersalin dah ni..jom kita balik sungai petani.." balas dia " ok..jap2..abang nak telefon tokwan ( ustaz a.k.a tok guru bos en hubby ) tanya minyak selusuh boleh ambil hari ni tak" ..actually dari minggu lepas suami telefon minta buatkan.tu yang tokwan cakap datang ambil hari selasa lepas balik kerja.

12.00 pagi: suami ambil cuti separuh hari..balik rumah ambil ummi dan ummar kemudian singgah rumah tokwan pergi ambil air selusuh..minyak xsempat buat lagi..alahai tgk tokwan ni..tersentuh hati tgk..sgt tawaduk dan alim orgnya..bila salam dgn org, dia yg cium tgn org tu..dah tua dah dia..

1.00 tgh hari : ajak suami lunch makan pecal ayam..teringin sangat rasa..mula2 nak pegi restoran AP kat jusco makan ayam penyet..tapi takut plak jalan jauh masuk jusco bagai..last2 makan pecal ayam kat gelugor je.warung indonesia..terjumpa Arja Lee yang berlakon 'anu dalam botol' masa kat kedai tu=p

2.00 ptg :sampai kat sungai petani..tido kejap..

5.00 ptg : pergi ke Hospital..doktor cek bukaan~~~non ado..tak terbukak langsung lagik..hehe..sakit massih sama lagi..mild2 gitu..

6.00 ptg : makan goreng pisang panas puas2( ni pun nak mention ke?heh)..rendam akar fatimah yang kawan bagi..minum air selusuh banyak2...suami pun sembahyang hajat..

7.00 mlm - 10.mlm: sakit makin kuat rasa..tapi dalam hati pujuk..mesti baru bukak sikit je ni..xpun lum bukak lagik..ngerinya..heh..suami pun duk sibuk pesan.".besok abang nak kena pi kerja ni..kalu syu sakit lagi camni besok,tahan yer..lepas pukul 12tgh hari baru abang bleh balik kerja( sambil sengih2)"..huh..sampai hati~=p

11.00 malam : mengadu dekat suami.."mcm sakit sgt dah ni sayang...jom pi hospital..pi toilet pun sakit masa nak wee wee..rasa berat nak terjatuh je baby ( perasaan saya)" truss zasss pi Metro..dalam 5minit jer dari rumah..Titipkan Ummar kat abang n kak ipar..Ummar selamba je babai2..kitorg yg sedih2 sbb mengenangkan dia tido tanpa kami mlm tu..

-sampaiMetro, pasang CTG, Midwife check, bukaan dah 6 CM!! grrr..patutla sakit sgt rasanya..tapi dalam hati.." cepat jugak jalan bukak..alhamdulillah..Allah perkenankan doa dan usaha (air selusuh n akar fatimah).."
masa ni midwife n nurse pun cam terkejut dah 6cm..sbb dia ingat lambat lagi..masa Ummar dulu pun dgn dia jugak..masa ni sedih oo..sbb sakit sgt rasa..mcm nak menangis..suami pun pujuk2..sabar Syu..anggap ni penghapus dosa..insaf kejap n tahan sakit senyap2..pastu berbunyi lagi.."adoi,sakitnya..adoi sakitnya.."..suami pesan lagi..istighfar,istighfar...sambil usap2 belakang n pegang tgn..mmg pemberi semangat betul la hubby..Lap u very strong laa abang!=p

-tukar2 baju semua n dorg tolak maasuk labor room..jeng3..sblm tu nurse tanya soalan cepu emas..dalam rekod, last time puan ambil epidural..kali ni nak jugak ke?masa ni suami dah bagi jelingan manja.tapi saya bleh baca maksud jelingan tu..bunyinya ala2 "janganla..janganla..kan dah bincang haritu cakap nak try tanpa epidural"..hehe..sambil buat2 xnampak jelingan suami..dalam menahan kesakitan saya terus jawab..YA! Epidural..
Nurse tanya lagi sekali..betul ke nak?sbb jalan dah terbukak banyak ni..tinggal 4cm je lagi..(JERR?huhu)
"YA!Epidural." ..

oh..panjangnya karangan..ok..make it short,
lepas pakar bius suntikkan epidural melalui tiub, xlama kemudian, doktor pun sampai..dia pecahkan air ketuban..masa ni dah 8cm..
sejam kemudian, tepat pukul 2.38 pagi, bayi kedua kami dilahirkan..Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah semuanya selamat..!! ;)

Secara keseluruhannya, saya merasakan kelahiran yang kedua ini sangat mudah ( despite of taking epidural) dan sekejap..saya sgt tidak putus2 berdoa..dan sungguh merasa kerdil..rasa seperti apa2 kemungkinan sahaja boleh berlaku waktu itu..rasa seakan hampir dgn ajal..rasa seperti, aduh,banyaknya dosaku, sungguh xlayak n xmalu masih mahu berdoa n mintak macam2 daripadaNya..
tapi ternyata..Allah maha Penyayang..masih memberikan peluang buat saya mengecapi nikmat hidup, nikmat mempunyai anak dan nikmat kasih sayang.. Allahu akbar! Terima kasih ya Allah...

Selepas beberapa jam dilahirkan



kepenatan~Insan yang banyak berjasa

Semoga selepas ini saya menjadi hamba yang lebih dekat denganNya, isteri yang lebih taat dan solehah kepada Mohammad Rifaee serta ibu yang lebih baik kepada Muhammad Ummar Uwais dan Muhammad Muaz Mukmin..Insyaallah.. :)

22 December 2011

Muhammad Muaz Mukmin

Assalamualaikum..
Welcome to the world the little caliph..Insyaallah..
Muhammad Muaz Mukmin bin Mohammad Rifaee
14th Disember 2011
2.38 am
50 cm
3.7 kg
Normal delivery with the aid of epidural makcik xtahan sakitla..huhu..;)