Daisypath Anniversary tickers

17 April 2011

Ke Kuching, Sarawak


Tarikh : 17.04.2011
Masa : 0900 am
Tempat : LTAB Bayan Lepas



Abah dan ma nak bertolak ke Kuching, Sarawak sbb abah ada kerja di sana selama seminggu.
Yang sebelah kiri tu my BIL..


Aku pulak jadi Photographer time ni..
Ummar dgn ayahnya xada dalam gambar..


Di sini rupanya..hubby sedang mengejar anak teruna kami yang excited tgh ukur luas airport


Kakak Batrisya ngan Adik Ummar


maklang pon nak enterprem jugak..


Kitorang lepak kat Giant lepas hantar ma ngan abah 


Aisar Zafran yang sangat comel


Bangun awal pukul 6 pagi, tu yang pukul 10.30 terlentok dah tue..

19 months

Sedikit tentang buah hati kami,
Muhammad Ummar Uwais yang sekarang makin cerdik. makin lasak. makin cheeky.
Dah pandai sebut ayah. Lancar pula tu. Kembang kempis hidung ayah. 

Bila ayah tgk ummi menjeling, mulala minta anak sebut ummi pula..
Dan macam biasa, Ummar masih berusaha. Yang kedengaran hanyala "meme", "emi" dan panggilan yang paling Ummar terrer, "mama"..hehe

Sekarang dah cekap menyanyi Twinkle-twinkle little star sambil kembang kuncupkan jari-jari kecil dia. Maklumla, tiap2 hari dari kecil asyik dengar ummi nyanyi lagu itu saja..Yang lain ummi xpandai.hehe Nak tergelak ummi dgn ayah dgr lagu Twinkle2 little star versi Ummar..

Mengira pun ada progress. Dulu sampai three saja..sekarang setiap kali kita kirakan utk dia, sampai sahaja part no. nine tu, terus dia jerit, TA! ( maknanya ten la tu.hehe)
ABC pun dah ada sambungan smpai H..Tapi not everytime la. Kadang2 dgr bercampur2 huruf. Tak apala saayang. Yang penting anak ummi membesar jadi anak soleh, sihat, bijak dan kuat bagaikan JUARA! hehe

Sekarang kegemaran ummar adalah apa sahaja berkaitan kereta..
Mainan mmg ada.banyakla jugak..tapi biasanya tak bertahan lama..
Tayar tercabut, body kereta tertanggal, helikopter pecah dan macam2 lagi..
just name it..erm..

Pandangan tu bah..macam minta dibelikan ja tau..


Ummar sekarang dah faham hampir kesemua apa yang org sekeliling perkatakan..
Dan sering mempraktikkan apa yang di ajar..
Sekarang masuk rumah dah pandai buka kasut sendiri tanpa disuruh,
Bila nak makan, automatik akan duduk..
Bila nak ambil makanan dari tangan ummi, terus ubah tangan bila ummi kata kita makan kena guna tgn kanan..
Bila dengar hp ayah, dia akn berlari ambil dan suakan pada ayah..
Bila dgr hp ummi berbunyi, dia akan berlari ambil dan suakan pada ummi..

olololo..yayang ummi..awat masyam neh?

Semakin rapat rasanya dengan si kecil ni.
Dia akan berada di mana - mana ummi berada.
Kalau tinggalkan sekejap dengan ayahnya di ruang tamu, mesti datang mencari ummi..
Bukan setakat datang, malah akan duduk bersama..
Kalau ummi basuh pinggan kat sink, dia akan duduk dicelah2 kaki ummi,
Bila ummi memasak, dia akan minta ummi dukungkan dia,sbb dia nak tgk dalam kuali.
Bila ummi solat, dia akan duduk ditepi @ di atas sejadah sambil buat2 gaya sembahyang tapi 1 rakaat je la.
Bila ummi masuk toilet, dia akan tunggu dpn pintu toilet..

Sekarang ni bila hantar ke skool, dia dah pandai wat taktikal xmau turun keta..
Kita bukak pintu sbelah sini, dia lari pintu sebelah sana..
Buka pintu sebelah sana, dia lari sebelah sini..
Last2, teacher ummar tunggu kat sebelah pintu, ayah tunggu kat pintu sebelah lagi..

Haaa..mana mau lari sekarang budak bucuk??=)

"Catch me if u can!!"


Emm..

Kalau ikutkan kiraan sendiri, kandungan sekarang dah masuk 6 minggu. Tapi setakat ni mmg xada alahan langsung. Dulu masa pregnantkan Ummar ada jugak rasa mabuk sikit2. Cuma xmahu dilayankan sangat masa tu sbb tinggal berjauhan dari family n hubby. Especially masa nak berus gigi pagi2..mmg rasa nak termuntah je. Itu yang buat aku pelik sikit kali ni.

 Langsung tiada. Bukannya aku mintak. Sebenarnya sangat bersyukur.. Cuma felik sedikit. Mmg takda gaya org mengandung kata suami.  Cuma cepat rasa penat dan letih . Setiap kandungan tak sama, itu yang aku selalu dgr daripada ibu2 yang dah ada ramai anak. Setakat ini, itulah penjelasan yang paling boleh diterima.

Cuma kerisauan tu ada jugala rasa kadang2..Tambah2 aku lum g check kat klinik. Tapi sana sini aku dah bagitau yang aku pregnant Cuma periksa sendiri di rumah saja. Hubby pesan tunggu dia balik kursus baru pg check sama2. Insyaallah semoga tiada apa2 dan bayi sihat-sihat saja :)
  
Inila dia kerja dua beranak semasa ketiadaan ayah..

Bestfriend ummi ni
Bergambar solo


Aksi xmenahan.mahu menerkam!


12 April 2011

hCG Test


~pic googled.


Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah,Tuhan yang memberi rezeki...

Semoga dipermudahkan segalanya..Amin

#hCG test done 7.30 pm 11 April 2011

03 April 2011

Accident 2011

Asyik terbengkalai niat nak menghapdet blog ni sbb bila nak hapdet, trus teringat yang gambar2 ada dalam hp en hubby. Lagipula berblogwalking adalah lebih besh daripada menaip entri..xperlu memerah otak menulis blog.haha

Gambar2 kat bawah ni diambil selepas kejadian ngeri yang berlaku. Watak-watak yang terlibat adalah aku selaku driver kete, muhammad ummar uwais selaku peneman driver dan adik manis yang baru balik dari keje kilang selaku pemandu motor. 

Tepat 3.20 petang hari Rabu masa minggu cuti sekolah yang lalu, aku dengan berkobar-kobar bertolak daripada Sungai Ara dengan niat murni nak berjumpa ayahanda,bonda serta adik beradik di Sungai Petani dengan izin suami.
En. hubby adalah bekerja pada hari kejadian maka tidak dapat menghantar isteri tercinta pulang ke kampung.
Dek kerana terlalu sayangkan anak, en hubby memberikan aku kunci kereta miliknya supaya anakanda kurang terkena panas bahang matahari memandangkan perjalanan pulang ke Sungai Petani  kerana cermin kerata viosnya ada tinted manakala myvi milikku tidak bertinted.

Perjalanan merentasi jambatan Pulau Pinang berlangsung dengan lancar..
Tetapi bila saja masuk jalan di Seberang Jaya, Muhammad Ummar Uwais mula merengek2 mahu tidur..Pada kebiasaannya, Ummar Uwais akan menerpa manja kerana mahu tidur di ribaan umminya..Dan itulah juga yang cuba beliau lakukan semasa di dalam kereta.
Maka, kerana tiada pilihan, aku pun memberi signal ke kiri dan berhenti di bahu jalan.. Setelah kereta selamat berhenti, aku pasang lampu kecemasan dan bersedia menidurkan Ummar.
Tak sampai 5 minit setelah disumbatkan susu, beliau telah tidur dan aku letakkan si kecil itu di tepi seat pemandu dan merendahkan seat agar permata hati, intan payung ummi akan tidur dengan selesa.

Kemudian aku pun ingin meneruskan perjalanan. Belum sempat aku memadamkan lampu kecemasan dan memberi signal ke kanan, tiba2 terasa hentaman kuat dari belakang. Kebaboww !!!

Remuk teruk bonet ngan bumper belakang

Adik motor tu siap tersepit antara motor ngan bonet lagi

Motor tu pun teruk gak. Tayar siap terpulas pulas

Retak sejuta

Kalo xda tint, mmg dah berderai2 kena kami

Dibawa pergi


hanya mampu memandang

Semakin jauh

Sayu rasa hati

Nasibla anakanda ummar xada apa2.cuma nangis2 menjerit takut..Harap xtrauma naik keta ngan ummi

Apala cik abang terkumat kamit ni..

Latest picture..baru beberapa hari lepas en hubby snap masa g tengok kat bengkel

Apa-apapun, alhamdulillah kami berdua selamat..cuma budak ponpuan bwk motor tu la kesian..Siap xleh jalan lepas tu..kena angkut bawak pi hospital lepas tu..Hidung ngan mulut siap berdarah..Menitik2..Ngeri betul tengok..

Keta masuk bengkel. Claim insuran sendiri je la.NCV pun hilang le pasni..
So skrg keta ada satu je, bleh feeling manja2 ngan hubby sbb dia hantar pegi keje dan datang ambik.
First time dia hantar g sekolah seronok jugak. Berbual2 ngan dia. Tambah dia jenis suka buat lawak.

Ada sekali tu dia pekena isteri dia ni. Sebab masa tu aku dah membebel bebel sebab lambat.
Tapi dia buat kool je..Sambil2 nyanyi dlm keta tiba2 selamba dia minta tolong aku tekan butang kat bawah dashboard..

Ingatkan apa..aku yang blur ni pun duk gagau la cari butang tu..Cakapla kat dia "Mana ni..xda pun bang". Dia kata" Carila betul2.kat dalam2 sikit kot".Dekat 2,3 minit duk cari butang tu.. Menggagau gagau sampai terbongkok2 badan..

Last2 tanya dia butang apa yang dia suh aku tekan tu. Punya geram bila dia cakap butang nak bagi keta terbang biar cepat sket sampai sekolah.huh..Terbahak2 dia gelakkan aku..